Majlis Media berperanan bawa media lebih bebas dan berintegriti: Kementerian Komunikasi

November 8, 2025 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi mengucapkan tahniah kepada Majlis Media Malaysia (MMM) di atas kejayaan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pertamanya, yang menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh landskap media negara.

Kejayaan majlis itu disusuli dengan pemilihan 12 individu untuk menganggotai Lembaga MMM, yang dijangka memainkan peranan penting dalam memacu hala tuju serta fungsi kawal selia kendiri industri media.

Penubuhan MMM mencerminkan satu pencapaian reformasi industri media negara yang bertujuan untuk memperkukuh kredibiliti, menegakkan etika kewartawanan, serta memelihara profesionalisme dan kebajikan para pengamal media.

Kementerian menyatakan keyakinan terhadap kepelbagaian kepakaran dan pengalaman yang dibawa oleh barisan ahli lembaga baharu itu, yang mewakili syarikat media, wartawan, persatuan, orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kementerian yakin bahawa MMM akan mampu menjalankan tanggungjawabnya secara berkesan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi.

Kementerian turut menekankan MMM perlu bertindak secara bebas dan berintegriti dalam menetapkan piawaian amalan kewartawanan, serta mengendalikan aduan awam berkaitan media dengan penuh ketelusan.

“MMM perlu berfungsi selaras dengan prinsip media yang beretika, demi memastikan industri ini terus dipercayai dan dihormati,” jelas kenyataan tersebut.

Dengan momentum baharu ini, kementerian menyatakan komitmennya untuk terus menyokong peranan MMM bagi memperkaya landskap media yang berwibawa dan seterusnya meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap media.

Berita berkaitan
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
2 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
Judi, scam: Facebook paling banyak diminta turunkan kandungan
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
2 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
7 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
7 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
7 jam lalu · Isu semasa
DUN Negeri Sembilan lulus belanjawan tambahan RM40.35 juta
August 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok