Malaysia berjaya dapatkan kembali RM39.1 juta aset milik Jho Low: SPRM

September 10, 2025 · Isu semasa

Kerajaan Malaysia, melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mendapatkan kembali wang yang dicuri sebanyak USD 8.57 juta (RM39.1 juta) dimiliki oleh penjenayah kewangan dikehendaki, Low Taek Jho atau Jho Low dan ahli keluarganya.

Langkah pemulihan dana berkaitan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk mendapatkan semula aset negara yang telah diselewengkan.

Dana tersebut telah berjaya dikembalikan ke Akaun Amanah Pemulihan Aset 1MDB.

Kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama erat antara Pasukan Petugas Khas Pelbagai Agensi Malaysia yang diketuai SPRM dengan pihak berkuasa antarabangsa, terutamanya Commercial Affairs Department (CAD) Singapura dan Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat.

Ia adalah sebahagian daripada penyelesaian global pelucuthakan sivil ke atas Jho Low yang diumumkan oleh DOJ pada 26 Jun lalu.

“Pemulangan terbaru ini serta penyelesaian sebanyak USD 330 juta (RM1.4 bilion) dengan JPMorgan Chase & Co baru-baru ini, menjadikan jumlah keseluruhan aset yang berjaya dikembalikan kepada Malaysia daripada kes 1MDB kini mencecah RM31.19 bilion,” kata SPRM dalam satu kenyataan.

SPRM juga memaklumkan akaun-akaun lain milik ahli keluarga Jho Low dijadualkan untuk dipulangkan dalam masa terdekat.

Usaha pemulihan aset ini merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memastikan semua dana rakyat yang dicuri dibawa pulang dan pihak yang terlibat dipertanggungjawabkan.

“Kejayaan pemulihan ini mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Malaysia,” tegas kenyataan itu, yang menekankan kerjasama dengan rakan-rakan antarabangsa dari United Kingdom, Switzerland, Singapura, dan Perancis di bawah kerangka Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

Kes 1MDB, yang mendedahkan penyelewengan dana berbilion dolar, kekal sebagai antara skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia yang masih dalam proses pemulihan.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
16 jam lalu· Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
18 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
23 jam lalu· Politik
Bekas COO Tabung Haji masuk hospital, prosiding kes mahkamah ditangguh
September 3, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
13 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
17 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
18 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk IPU Serian cecah 521, Anwar bincang tindakan dengan Sarawak
20 jam lalu · Isu semasa
Nama diguna tanpa izin, tokoh kewangan tuntut RM10 juta
September 3, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok