Malaysia catat dua sejarah besar pada Sidang ASEAN: PMO

October 27, 2025 · Isu semasa

Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 berjaya mencatat dua pencapaian bersejarah semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, iaitu penyertaan rasmi Timor-Leste sebagai ahli ke-11 dan pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Thailand dengan Kemboja.

Menurut Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, penyertaan Timor-Leste melengkapkan keluarga Asia Tenggara yang bersatu dan berdaulat.

“Penyertaan rasmi Timor-Leste bukan sekadar simbol diplomasi, tetapi juga hasil keteguhan Malaysia yang sejak sekian lama menyokong penyertaan negara itu ke dalam ASEAN,” jelas beliau dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Mengenai Perjanjian Damai Kuala Lumpur, Tunku Nashrul menegaskan bahawa ia menjadi titik tolak kepada berakhirnya pertikaian antara Thailand dan Kemboja.

“Ia sebuah kejayaan yang berakar daripada rundingan damai yang dimulakan oleh Perdana Menteri pada Julai lepas,” katanya sambil menambah bahawa langkah ini menandakan kesediaan kedua-dua negara untuk menghentikan peperangan dan membebaskan tawanan.

Mengulas perjalanan hari kedua sidang kemuncak, beliau menyatakan tumpuan diberikan kepada pengukuhan kerjasama ekonomi serantau, transformasi digital, dan peralihan tenaga bersih.

“Lima sidang kemuncak utama akan berlangsung hari ini, termasuk Sidang Kemuncak ASEAN-Republik Korea dan Sidang Kemuncak Asia Timur,” jelasnya.

Tunku Nashrul turut menekankan sidang-sidang ini menegaskan kedudukan ASEAN bukan sekadar pusat pertumbuhan, tetapi juga pemacu kestabilan strategik di rantau Indo-Pasifik.

Beliau juga memaklumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan menghadiri beberapa pertemuan dengan pemimpin negara lain sebelum menyertai Majlis Makan Malam Gala ASEAN.

“Insya-Allah dengan momentum yang telah dibina, Malaysia akan terus menggalas amanah kepimpinan serantau dengan tekad memperkukuh perpaduan ASEAN,” tegas Tunku Nashrul.

Beliau turut mengakhiri taklimat dengan menyatakan sidang kemuncak ini telah berjaya mengangkat suara ASEAN ke tahap lebih berpengaruh di pentas global.

Berita berkaitan
AMK: GPS, GRS sanggup terima PM daripada PAS?
1 jam lalu· Politik
Belanjawan 2027: Bantuan RM80 bilion lindungi kuasa beli rakyat
6 jam lalu· Isu semasa
Isu perkataan ‘lighad’: Lim Sian See dipanggil polis
6 jam lalu· Politik
Anwar gesa belia lawan rasuah dan ketidakadilan
6 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pindaan akta melibatkan pemandu mabuk dibentang awal tahun depan
October 12, 2026 · Isu semasa
Jordan-Malaysia mahu perkukuh kerjasama pertahanan
October 12, 2026 · Isu semasa
Rakyat Malaysia diminta tangguh umrah ke Arab Saudi: Mat Hasan
1 jam lalu · Isu semasa
MCMC turunkan kandungan hina Agong di Threads
1 jam lalu · Isu semasa
Lapangan terbang Riyadh diserang lagi, seorang maut
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok