Malaysia kekal antara negara paling aman di dunia

March 25, 2026 · Isu semasa

Malaysia kini berada di kedudukan ke-13 negara paling aman di dunia dan kedua di Asia Tenggara menurut Indeks Keamanan Global (GPI) 2025, sekali gus menunjukkan peningkatan memberangsangkan dalam aspek keselamatan negara.

Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail berkata, pencapaian itu meningkat empat anak tangga berbanding tahun lalu hasil penurunan jenayah indeks sebanyak 6.4 peratus.

Menurut beliau, kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama bersepadu antara Kementerian Dalam Negeri dan agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya yakin kejayaan ini didorong usaha bersepadu pelbagai pihak. Walaupun terdapat beberapa insiden yang mengejutkan sepanjang tempoh kajian, tahap keselamatan negara secara keseluruhan masih berada dalam keadaan baik dan terkawal,” katanya semasa berucap pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-219 Tahun 2026 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Indeks Keamanan Global merupakan laporan tahunan yang menilai tahap keselamatan sesebuah negara berdasarkan beberapa indikator termasuk kadar jenayah, konflik dalaman dan kestabilan sosial.

Malaysia sebelum ini secara konsisten berada dalam kelompok 20 negara paling aman dunia, mencerminkan kestabilan relatif berbanding banyak negara lain.

Mohd Khalid juga mengakui PDRM kini berdepan cabaran baharu apabila ancaman keselamatan semakin kompleks dan pelbagai bentuk, termasuk elemen ekstremisme dan jenayah moden.

Beliau merujuk insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram sebagai contoh wujudnya pihak yang berani mencabar undang-undang negara.

“Insiden seperti ini menunjukkan kita tidak boleh leka. Ancaman boleh datang dalam pelbagai bentuk dan memerlukan kesiapsiagaan berterusan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kepentingan peruntukan RM12.06 bilion kepada PDRM bagi memperkukuh keupayaan pasukan itu, termasuk dari segi infrastruktur dan teknologi.

Katanya, pelaburan tersebut penting untuk memastikan pasukan keselamatan negara kekal relevan dan mampu bertindak balas terhadap ancaman keselamatan yang semakin mencabar.

Berita berkaitan
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
2 jam lalu· Isu semasa
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
November 22, 2026· Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
November 22, 2026· Isu semasa
Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah
November 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
2 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
4 jam lalu · Isu semasa
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
7 jam lalu · Isu semasa
192,869 kes scam, lebih RM7 bilion wang rakyat lesap
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
21 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok