Malaysia kekal komited terhadap prinsip perdagangan bebas dan terbuka: Laporan

July 2, 2025 · Isu semasa

Malaysia kekal komited terhadap prinsip perdagangan bebas dan terbuka sebagai teras kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif, mampan dan berdaya tahan.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, dalam landskap global yang semakin mencabar, kestabilan dan keamanan antarabangsa adalah asas penting kepada kemakmuran ekonomi serta peluang sinergi rentas sempadan yang harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti perniagaan.

Anwar berkata, perkara itu disampaikan ketika beliau dan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Itali, Antonio Tajani mempengerusikan Sesi Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali, di Rom pada Rabu.

Sesi itu menghimpunkan lebih 100 syarikat dari kedua-dua negara, merangkumi sektor pembuatan, perkhidmatan, perdagangan serta agensi dan pertubuhan industri.

“Sesi (meja bulat) ini mencerminkan iltizam bersama untuk memperkukuh hubungan dagang dan membuka ruang pelaburan strategik yang lebih luas antara Malaysia dan Itali” kata beliau.

Menurut Perdana Menteri, sesi itu turut memperkukuh keyakinan pemain industri Itali terhadap dasar keterbukaan, kecekapan tadbir urus serta daya saing ekonomi Malaysia.

Anwar berkata, penyertaan aktif syarikat terkemuka dari kedua-dua negara itu menyerlahkan potensi kerjasama dua hala yang lebih berimpak tinggi, berpaksikan nilai tambah, inovasi dan kepentingan bersama.

“Ia membuka prospek luas dalam sektor strategik seperti tenaga boleh baharu, teknologi penangkapan dan penyimpanan karbon, pertahanan, ekonomi digital, aeroangkasa dan industri berteknologi tinggi, bidang utama yang menjadi tonggak kepada agenda reformasi ekonomi negara,” kata beliau.

Anwar berada di sini sempena lawatan rasmi selama tiga hari atas jemputan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni. – Bernama

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
October 24, 2026· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026· Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
4 jam lalu · Isu semasa
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
7 jam lalu · Isu semasa
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
7 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
10 jam lalu · Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok