Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya terhadap serangan udara rejim Israel yang menyasarkan ibu negara Qatar, Doha, pada Selasa lalu.
Tindakan tersebut dibidas sebagai satu pencabulan serius terhadap kedaulatan negara dan undang-undang antarabangsa.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan pada Rabu, menegaskan serangan itu bukan sahaja membahayakan nyawa orang awam secara cuai, malah turut mengancam kestabilan rantau yang sedang berada dalam keadaan rapuh.
Beliau menyifatkan serangan ke atas Doha, yang merupakan pusat diplomasi utama di Timur Tengah, sebagai satu tindakan yang biadap terhadap usaha keamanan.
“Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas Doha.
“Tindakan ini merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan Qatar dan pencabulan undang-undang antarabangsa,” tegas Anwar.
“Ia secara cuai membahayakan nyawa orang awam, menyerang jantung sebuah ibu negara berdaulat, serta mengancam kestabilan rantau yang sememangnya rapuh,” tambahnya.
Serangan ini dilihat sebagai satu langkah yang amat provokatif memandangkan Qatar memainkan peranan penting sebagai mediator dalam konflik di rantau tersebut, termasuk dalam rundingan gencatan senjata dan pertukaran tawanan.
Anwar menekankan dengan menyasarkan Qatar, Israel jelas mempamerkan sikap tidak menghormati proses keamanan yang sedang berjalan.
“Serangan sebegini tidak boleh dipertahankan dan sama sekali tidak boleh diterima,” ujarnya.
Di sebalik kecaman ini, Malaysia menyatakan solidariti yang tidak berbelah bahagi bersama Qatar.
Anwar juga menggesa komuniti antarabangsa agar tidak berdiam diri dan mengambil tindakan segera untuk memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas tindakan agresifnya yang keterlaluan itu.
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum