Malaysia masih import minyak mentah, tak mampu jual kepada negara ASEAN: Johari

May 7, 2026 · Isu semasa

Malaysia masih belum mampu menjual minyak mentah kepada negara ASEAN walaupun merupakan antara negara pengeluar minyak di rantau ini kerana negara masih perlu mengimport sekitar 400,000 tong minyak mentah sehari bagi memenuhi keperluan domestik.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Johari Abdul Ghani, berkata keadaan itu menjadikan Malaysia masih berstatus pengimport bersih minyak dan tidak mempunyai lebihan bekalan untuk dieksport kepada negara jiran.

“Kita masih mengimport kira-kira 400,000 tong minyak sehari, jadi kita tidak boleh menjual minyak kepada negara lain,” katanya kepada media Malaysia selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan ASEAN di Cebu, hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan mengenai kemungkinan terdapat negara ASEAN yang meminta Malaysia menjual bekalan minyak susulan ketidaktentuan pasaran global akibat konflik Iran dan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat.

Menurut Johari, isu kenaikan harga minyak dunia menjadi antara fokus utama perbincangan mesyuarat berkenaan kerana ia memberi kesan besar kepada ekonomi negara anggota ASEAN yang majoritinya bergantung kepada import minyak.

Katanya, peningkatan harga minyak mentah memberi tekanan kepada pelbagai sektor termasuk pengangkutan dan logistik, penerbangan, pembuatan, petrokimia, industri makanan serta penjanaan tenaga.

“Apabila harga minyak meningkat hampir 60 peratus berbanding harga asal, ia memberi kesan besar kepada hampir semua ekonomi ASEAN,” katanya.

Walaupun berdepan tekanan harga minyak global, Johari berkata kedudukan Malaysia masih terkawal kerana negara merupakan pengeksport bersih gas asli cecair (LNG), sekali gus membantu menampung defisit import minyak mentah.

“Walaupun kita pengimport bersih minyak, Malaysia adalah pengeksport bersih LNG dan lebihan daripada LNG membantu menampung defisit minyak mentah,” katanya.

Beliau turut menjelaskan kerajaan masih mampu mengekalkan harga petrol bersubsidi RON95 pada kadar RM1.99 seliter meskipun konflik geopolitik di Asia Barat terus memberi kesan kepada pasaran tenaga dunia.

Konflik yang berlarutan di Timur Tengah sejak beberapa bulan lalu menyebabkan harga minyak dunia meningkat mendadak, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kos sara hidup dan kestabilan ekonomi di banyak negara termasuk rantau ASEAN.

Berita berkaitan
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
June 23, 2026· Isu semasa
Selat Hormuz ditutup lagi, harga minyak dunia melonjak: Laporan
June 22, 2026· Isu semasa
Petronas diberi peranan urus lapangan gas gergasi Turkmenistan: PMX
June 20, 2026· Isu semasa
Harga minyak dunia stabil, kuota 300 liter boleh dikembalikan: Kamil Munim
June 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
9 jam lalu · Isu semasa
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
10 jam lalu · Isu semasa
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
10 jam lalu · Isu semasa
Selepas 20 Tahun di Brunei, MP Miri bantu bapa empat anak kembali bina hidup baharu
10 jam lalu · Isu semasa
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok