Malaysia mohon bantuan Turkiye bawa pulang aktivis ditahan regim: PMX

October 3, 2025 · Isu semasa

Kerajaan Malaysia sudah memohon bantuan daripada Turkiye untuk membawa pulang 23 rakyat Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel semasa menjalankan misi kemanusiaan.

Perkembangan ini disampaikan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim selepas berhubung dengan rakan sejawatnya Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bagi membincangkan langkah-langkah untuk membawa pulang aktivis yang ditahan oleh pihak regim semalam.

Anwar memberitahu sudah meminta jasa baik Erdogan untuk membawa rakyat Malaysia keluar dari Israel menggunakan pesawat khas Turkiye.

“Saya telah meminta jasa baik Presiden Erdogan supaya jika boleh, membawa mereka dari mana-mana lokasi sekitar Israel ke Istanbul dengan pesawat khas Turkiye yang akan mengambil rakyatnya sendiri.

“Dari Istanbul, insya-Allah kita akan bawa pulang rakyat Malaysia. Beberapa persefahaman awal telah dicapai sejak pagi tadi,” kata Anwar kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Khadijah.

Selain itu, Malaysia turut mengaktifkan pelbagai saluran diplomatik antarabangsa termasuk dengan Qatar dan Amerika Syarikat bagi memastikan keselamatan serta pembebasan rakyatnya.

Anwar juga memberitahu sudah berhubung dengan Perdana Menteri Qatar dan juga bekas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, bagi menyelaras usaha bantuan.

“Melalui hubungan dengan Presiden Turkiye, beliau telah menugaskan Ketua Keselamatan Negara Turkiye, Dr. Ibrahim Kalin, untuk membantu kita.

“Ini penting kerana kita memerlukan tekanan antarabangsa yang menyeluruh,” jelas Anwar.

Beliau juga menekankan maklumat terkini daripada pihak Turkiye menunjukkan keadaan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat walaupun ditahan.

“Kita berharap jangan ganggu rakyat kita, jangan dera mereka. Penjara itu sendiri sudah satu penderaan,” ujarnya.

Beliau turut menekankan kepentingan diplomasi dalam menangani isu ini, walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan rasmi dengan Israel.

“Inilah yang kita maksudkan dengan kebijaksanaan diplomasi — kita berhubung rapat dengan semua pihak kerana yang benar-benar boleh mempengaruhi Israel ialah AS. Oleh itu, kita menggunakan saluran Qatar dan Turkiye untuk menyampaikan pandangan kita,” tambahnya.

Usaha bantuan ini dilancarkan selepas 23 rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan oleh tentera Israel di perairan antarabangsa.

Berita berkaitan
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
15 jam lalu· Isu semasa
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
17 jam lalu· Politik
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
19 jam lalu· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
9 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
17 jam lalu · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
19 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
19 jam lalu · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok