Malaysia pantau konflik Asia Barat, nilai kesan terhadap ekonomi: Akmal Nasrullah

March 10, 2026 · Isu semasa

Kerajaan mengekalkan dasar fiskal sedia ada sambil memantau rapat perkembangan konflik geopolitik di Asia Barat bagi memastikan kestabilan ekonomi negara terus terpelihara.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kerajaan kini menilai tahap keseriusan serta jangka masa konflik tersebut kerana ia berpotensi memberi kesan kepada ekonomi global termasuk Malaysia.

Menurut beliau, beberapa senario telah disediakan sebagai langkah awal sekiranya konflik berlarutan dan menjejaskan pasaran tenaga serta rantaian bekalan antarabangsa.

“Kerajaan melihat kepada bagaimana meneruskan keyakinan dan memastikan kestabilan ekonomi itu ada,” katanya semasa majlis pelancaran Laporan Impak Sosioekonomi Malaysia 2025 oleh TikTok.

Beliau berkata satu perbincangan telah diadakan bersama wakil Kementerian Kewangan Malaysia, Petronas, Bank Negara Malaysia serta Kementerian Luar Negeri Malaysia bagi mendapatkan gambaran terkini mengenai perkembangan konflik tersebut.

Katanya, setakat ini pergerakan harga minyak mentah Brent Crude masih turun naik, namun keadaan ekonomi negara kekal stabil dan terus memberi keyakinan kepada pelabur.

Akmal turut menjelaskan kerjasama antara kementerian penting bagi menilai kesan menyeluruh konflik itu, khususnya terhadap sektor minyak dan gas.

“Ketidaktentuan geopolitik boleh memberi kesan kepada logistik dan kos pengangkutan. Dari sudut yang berlaku di Selat Hormuz, premium insurans perkapalan meningkat dengan ketara,” katanya.

Beliau menambah, sebarang kesan terhadap harga makanan terutama barangan import hanya akan dapat dilihat selepas tempoh tertentu, namun kementerian berkaitan sedang memantau isu bekalan dengan teliti.

“Seluruh dunia masih menantikan sejauh mana kesan konflik ini kerana banyak kenyataan dan perkembangan yang perlu diteliti untuk memahami dinamik sebenar,” katanya.

Ketegangan di Asia Barat meningkat sejak 28 Februari lalu apabila Israel bersama Amerika Syarikat melancarkan serangan terhadap Iran, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan geopolitik dan pasaran tenaga dunia.

Berita berkaitan
Harga minyak tanpa subsidi naik 35 sen susulan ketegangan Asia Barat: MOF
September 16, 2026· Isu semasa
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 4.3 peratus hingga 2035
September 16, 2026· Isu semasa
Bekas menteri bakal didakwa esok berhubung RCI Tabung Haji
September 13, 2026· Politik
Anwar-Putin bincang peluang ekonomi, perkukuh hubungan
September 12, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Bekas COO Tabung Haji didakwa terima kos ubah suai RM302,499: Bernama
2 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus terbuka pelaburan teknologi China: Anwar
2 jam lalu · Isu semasa
Eksploitasi seksual kanak-kanak: MCMC, PDRM tingkat kerjasama
2 jam lalu · Isu semasa
JPJ nafi hantaran tular berkait lesen kepada Rohingya, buat laporan MCMC: Bernama
8 jam lalu · Isu semasa
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
September 23, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok