Mana-mana perhimpunan di kawasan Ampang Park, Jalan Ampang esok dilarang sama sekali oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Satu modul latihan khas bagi memerangi berita palsu dijangka diterima pakai oleh negara-negara ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Modul ini diharap dapat menjadi senjata ampuh menangani ancaman maklumat salah dan disinformasi yang semakin berleluasa.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata modul berkenaan dibangunkan dalam Seminar on Developing Training Module for Combating Fake News in ASEAN 2025 yang berlangsung di ibu negara.
Beliau yakin inisiatif ini akan menyumbang ke arah menjadikan ASEAN sebuah rantau yang bukan sahaja makmur, malah lebih selamat.
“Saya berharap modul ini dapat membantu memastikan ASEAN kekal sebagai rantau yang neutral dan makmur, yang memanfaatkan Internet lebih pantas, tetapi juga yang lebih penting, memastikan Internet lebih selamat iaitu bebas daripada berita palsu, penipuan, dan khususnya lebih selamat untuk kanak-kanak,” ujar Fahmi ketika berucap pada majlis perasmian seminar berkenaan.
“Insya-Allah, kita akan menerima pakai modul ini menerusi Deklarasi Kuala Lumpur yang akan ditandatangani pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Bertanggungjawab terhadap Maklumat (AMRI) pada Sidang Kemuncak ASEAN dalam tempoh 24 hari akan datang,” tambahnya.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan menekankan dunia kini berdepan dengan ‘infodemik’ dimana era platform media sosial yang pelbagai arah ini, penyebaran berita palsu telah memberi kesan yang sangat melemahkan.
“Itulah sebabnya di Malaysia kita mengambil langkah proaktif dengan menegaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dengan undang-undang yang jelas, tidak boleh membenarkan penyebaran berita palsu yang disebarkan melalui platform mereka,” tegasnya lagi.
Modul yang dibangunkan oleh Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dengan kerjasama Institut Pembangunan Penyiaran Asia-Pasifik (AIBD) itu merangkumi lima teras utama, termasuk Memahami Salah Maklumat Moden, Salah Maklumat Dipacu AI dan Deepfake, serta Semakan Fakta dan Pengesahan Digital.
Terpedaya peraduan gores dan menang, lelaki rugi RM2,470
Dewan Rakyat lulus peruntukan JPM, tujuh kementerian
Bantuan RM1,000: Lebih 15,000 pemandu teksi, kereta sewa layak terima
Bekas jurufoto Utusan berdepan masalah kesihatan terima bantuan Tabung Kasih Hawana
Anwar: Kestabilan politik yakinkan Google labur RM61 bilion
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum