Malaysia sasar sokongan penggal baharu Majlis ITU, komited bangunkan akses internet

November 18, 2025 · Isu semasa

Malaysia mengulangi komitmennya untuk memacu mandat Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dengan menyasarkan penggal baharu sebagai anggota majlis bagi 2027-2030.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dalam Kenyataan Negara sempena Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia 2025 (WTDC-25) di Baku berkata Malaysia akan terus memperjuangkan akses internet sejagat dan mampu milik melalui kerjasama strategik.

“Visi kami tetap jelas iaitu membina masa depan digital di mana semua orang boleh kekal berhubung, inklusif serta selamat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata kempen Malaysia berlandaskan prinsip masa depan digital yang saksama, memastikan setiap individu terhubung, terlibat dan terlindung dalam ekosiber.

Fokus utama adalah mengukuhkan kepercayaan digital, ketahanan siber, pembangunan kemahiran digital, serta menggalakkan kerjasama serantau dan pelbagai pihak berkepentingan bagi mewujudkan ekonomi digital inklusif.

Tema WTDC-25, “Universal, Meaningful, and Affordable Connectivity for an Inclusive and Sustainable Digital Future” selaras dengan visi Malaysia iaitu “Inclusivity for Equitable Future.”

Beliau berkata, ikrar Malaysia iaitu “Partner2Connect” (P2C) mencerminkan komitmen tersebut melalui inisiatif seperti Pelan Jaringan Digital Negara (JENDELA), Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Projek Kitar Semula Peranti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Kecil (KITAR).

“Kami bangga kerana JENDELA dan NADI telah diiktiraf sebagai antara pemenang Hadiah WSIS, sekali gus memperkukuh kepercayaan kami bahawa keterangkuman digital dan inovasi adalah kunci memperkasakan rakyat,” katanya.

Fahmi turut menyeru sokongan semua negara anggota ITU bagi pencalonan Malaysia ke Majlis ITU 2027-2030.

“Justeru itu, Malaysia dengan rendah hati memohon sokongan semua negara anggota untuk mencalonkan kami ke Majlis ITU bagi penggal 2027-2030,” katanya.

Beliau juga berkongsi kejayaan Malaysia mempelopori Garis Panduan Penggunaan Platform Media Sosial yang Selamat dan Bertanggungjawab untuk ASEAN, yang diterima pakai di bawah kepengerusian Malaysia baru-baru ini.

“Inisiatif ini menyatukan negara anggota dalam mempromosikan keselamatan dalam talian, akauntabiliti serta kerjasama rentas sempadan,” jelasnya.

Di peringkat domestik, Malaysia terus memperkukuh perlindungan pengguna melalui Kempen Keselamatan Dalam Talian (KIS) bagi mendidik orang awam mengenai risiko seperti penipuan, buli siber dan eksploitasi kanak-kanak.

Berita berkaitan
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
21 jam lalu· Isu semasa
Fahmi ziarah peserta rebah semasa persembahan Hari Kebangsaan di Hospital Putrajaya
September 2, 2026· Isu semasa
iQIYI turunkan 6 episod Madu atau Racun, baki enam lagi ditangguhkan
September 2, 2026· Isu semasa
77 rakyat Malaysia dibawa pulang dari Nepal, 55 masih belum dapat dikesan: Fahmi
September 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
2 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
15 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
19 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
19 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok