Malaysia teroka sumber minyak baharu, utamakan kesesuaian fasiliti tempatan

June 10, 2026 · Isu semasa

Kerajaan sedang meneliti beberapa sumber bekalan minyak mentah baharu dari pelbagai negara bagi memastikan bekalan tenaga negara kekal stabil, namun pemilihan sumber perlu mengambil kira kesesuaian dengan fasiliti pemprosesan sedia ada di Malaysia.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, setiap negara pengeluar mempunyai jenis dan karakteristik minyak mentah yang berbeza, justeru kemampuan kemudahan pemprosesan tempatan untuk menerima dan memproses bekalan berkenaan menjadi antara faktor utama dalam menentukan sumber yang sesuai.

Menurut beliau, antara kawasan yang sedang dinilai sebagai sumber alternatif minyak mentah ialah beberapa negara di Afrika, Amerika Selatan, Amerika Syarikat, Turkiye dan Rusia, manakala Singapura dikenal pasti sebagai antara sumber bekalan minyak bertapis.

“Sudah pasti ia juga perlu melihat kepada ketersediaan fasiliti kita untuk memproses bekalan berkenaan. Kita tahu setiap bekalan minyak mentah yang datang daripada kawasan berbeza mempunyai karakter minyak yang berbeza.

“Sebab itu biasanya pihak Petronas akan menilai dari segi ketersediaan fasiliti kita untuk menerima bekalan berkenaan. Ia bukan semata-mata mencari bekalan di semua tempat, tetapi bagaimana bekalan daripada sesetengah tempat itu sesuai dengan fasiliti yang kita ada,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Teknologi dan Inovasi NCER (NTIC) di Bayan Lepas hari ini.

Akmal mengulas langkah kerajaan meneroka sumber minyak baharu susulan ketidaktentuan geopolitik global yang berterusan, khususnya di Timur Tengah yang memberi kesan kepada rantaian bekalan tenaga dunia.

Dalam perkembangan sama, beliau memberi jaminan bekalan tenaga negara kekal mencukupi sekurang-kurangnya sehingga penghujung Julai hasil pemantauan berterusan dan pengurusan operasi yang dilaksanakan kerajaan bersama syarikat pembekal.

“Sememangnya kita memberi jaminan bahawa bekalan itu terjamin sehingga penghujung bulan Julai.

“Bukan bermaksud sehingga Julai kita berada dalam keadaan sukar tetapi lebih kepada memastikan bekalan itu benar-benar disahkan sebelum kerajaan memberi jaminan,” katanya.

Beliau menjelaskan, syarikat pembekal termasuk Petronas lazimnya akan mengemas kini status bekalan selepas rundingan dan perjanjian mendapatkan sumber bekalan dimuktamadkan.

Menurutnya, pendekatan itu penting memandangkan harga minyak global masih tidak menentu, selain kerajaan mahu mengelakkan komitmen jangka panjang yang boleh meningkatkan kos sekiranya berlaku perubahan ketara dalam pasaran.

Akmal berkata, perkembangan terkini mengenai jaminan bekalan tenaga bagi tempoh seterusnya dijangka diumumkan menjelang penghujung bulan ini selepas semua rundingan dan perancangan bekalan dimuktamadkan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol dan diesel negara mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Julai walaupun dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi akibat konflik di Asia Barat serta gangguan laluan perdagangan di Selat Hormuz.

Berita berkaitan
Subsidi cecah RM3.5 Bilion sebulan jika minyak dunia naik AS$90
17 jam lalu· Isu semasa
Penarafan A3 Moody bukti asas ekonomi Malaysia kekal kukuh
July 14, 2026· Isu semasa
Hassan Karim pertahan dasar subsidi petrol, diesel kerajaan
July 14, 2026· Isu semasa
Bekalan minyak negara terjamin, kerajaan pelbagaikan sumber: PMX
July 14, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
3 jam lalu · Isu semasa
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
7 jam lalu · Isu semasa
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
10 jam lalu · Isu semasa
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
13 jam lalu · Isu semasa
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok