Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Malaysia mengorak langkah penting dalam memodenkan landskap penyiaran negara dengan menganjurkan Persidangan Penyiaran 5G yang dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Persidangan anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyaksikan penyertaan lebih 400 wakil dari pelbagai sektor industri dan agensi berkepentingan.
Persidangan ini merupakan hasil daripada Kajian Teknologi Penyiaran Masa Hadapan yang dijalankan MCMC sejak 2023 dan memfokuskan potensi teknologi 5G Broadcast untuk memperkasa industri penyiaran tempatan, termasuk televisyen, radio dan penstriman digital.
Teknologi ini dijangka dapat mengoptimumkan infrastruktur sedia ada dan membuka pintu kepada model perkhidmatan yang lebih inovatif dan mampan.
Menerusi kerjasama dengan rakan teknologi terkemuka seperti Rohde & Schwarz, Xiaomi, dan Qualcomm, persidangan tersebut menampilkan demonstrasi langsung yang membuktikan kebolehpasaran teknologi 5G Broadcast dalam ekosistem tempatan.
Sesi pembentangan oleh pakar tempatan dan antarabangsa turut membincangkan trend global, cabaran pelaksanaan, dan penyesuaian dasar yang diperlukan.
YB Datuk Fahmi Fadzil dalam ucapannya menekankan betapa pentingnya kolaborasi erat bagi memastikan negara tidak ketinggalan.
“Melalui platform seperti ini, kita boleh merapatkan kerjasama antara industri, kerajaan dan penyelidik untuk membentuk ekosistem penyiaran digital yang futuristik,” katanya.
Dengan pelaksanaan kajian dan ujian yang menyeluruh, Malaysia kini berada di barisan hadapan dalam penerokaan teknologi penyiaran 5G di rantau ASEAN. Ini sekaligus mencerminkan komitmen Kerajaan Madani dalam memacu kemajuan teknologi untuk masa depan penyiaran negara yang lebih dinamik.
Dicabul raba punggung dalam LRT: Polis buru lelaki berjanggut, berpelitup muka
SPRM perlu pantas tangani persepsi, elak maklumat mengelirukan: Azam Baki
Polis terima tiga laporan terhadap bekas wartawan FMT, Saifuddin nasihat jaga etika
Sidang Parlimen bermula Isnin, titah Agong jadi fokus
Agong bertemu PM, bincang isu negara
[VIDEO] UMNO tak gadai prinsip walaupun bersama Kerajaan Perpaduan
[VIDEO] Zahid ucap tahniah kepada PMX berjaya stabilkan ekonomi dan politik negara