Malaysia terus desak hentikan keganasan dunia: PMX

March 16, 2026 · Isu semasa

Malaysia menegaskan pendirian untuk terus mendesak supaya keganasan dan konflik geopolitik dihentikan segera, sambil menggesa semua pihak kembali kepada diplomasi yang berasaskan undang-undang antarabangsa dan nilai kemanusiaan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, dunia ketika ini semakin bergolak akibat peperangan dan perseteruan kuasa besar, sekali gus menuntut masyarakat antarabangsa mengambil sikap tegas terhadap ketidakadilan dan kezaliman.

Menurut beliau, konflik yang sedang melanda Asia Barat ketika ini bukan sekadar berkaitan jumlah korban atau kemusnahan infrastruktur, sebaliknya mencerminkan kecenderungan berbahaya untuk menguasai wilayah dan pengaruh tanpa mengambil kira nilai kemanusiaan.

“Perang yang melanda Asia Barat hari ini yang dicetuskan rejim Israel dan didukung tentera Amerika Syarikat, persoalannya tidak lagi berlegar perihal angka korban dan kemusnahan infrastruktur semata-mata,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau menambah golongan paling terkesan akibat konflik tersebut ialah wanita, kanak-kanak dan masyarakat awam yang terpaksa hidup dalam ketakutan serta trauma berpanjangan.

“Mangsa paling besar tentunya wanita, kanak-kanak dan masyarakat yang dipaksa hidup dalam ketakutan, kehilangan dan trauma yang berpanjangan,” katanya.

Anwar berkata forum ilmiah seperti Forum Ilmuwan Malaysia Madani berperanan penting sebagai ruang menilai cabaran geopolitik global secara adil dan berprinsip.

Dalam program itu, ahli ekonomi terkenal dari Amerika Syarikat, Jeffrey Sachs turut hadir sebagai pembicara undangan.

Menurut beliau, wacana intelektual sedemikian penting untuk memperkukuh pemikiran kritis dan mempertahankan prinsip rasional serta martabat kemanusiaan sejagat.

Dalam kenyataan berasingan, Anwar turut menekankan kestabilan Malaysia bergantung kepada kekuatan perpaduan rakyat serta kesediaan semua pihak untuk bekerjasama demi masa depan negara yang lebih makmur.

Beliau berkata lawatannya ke Sabah baru-baru ini memberi peluang untuk bertemu pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin tempatan, penjawat awam, peniaga kecil dan golongan muda.

“Sabah mengingatkan kita bahawa kekuatan Malaysia bukan sekadar pada hasil bumi, tetapi juga pada keharmonian rakyat yang hidup dalam semangat muafakat dan saling menghormati,” katanya.

Kerajaan, tambah beliau, komited untuk terus melaksanakan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 bagi memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri itu terus diperkukuh.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia konsisten menyuarakan pendirian di pelbagai platform antarabangsa supaya konflik global diselesaikan melalui dialog dan diplomasi, khususnya berkaitan krisis kemanusiaan di Asia Barat.

Berita berkaitan
Anwar tegas martabatkan bahasa Melayu, perluas penguasaan bahasa asing
24 jam lalu· Isu semasa
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
July 27, 2026· Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
July 27, 2026· Isu semasa
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
July 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PRN NS: Waspada maklumat palsu menjelang hari pengundian
13 jam lalu · Isu semasa
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
16 jam lalu · Isu semasa
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
16 jam lalu · Isu semasa
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
18 jam lalu · Isu semasa
SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
2 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok