Maszlee uji sendiri jalan Tebrau, akui ‘melambung’ naik Myvi: Bernama

3 jam lalu · Politik

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Maszlee Malik menyahut cabaran netizen dengan memandu sendiri sebuah Perodua Myvi dari Kampung Melayu Tebrau ke Ulu Tiram bagi merasai keadaan sebenar jalan raya yang sering menjadi rungutan penduduk.

Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, pengalaman melalui laluan tersebut mengesahkan aduan orang ramai mengenai keadaan jalan yang tidak rata selain kesesakan lalu lintas yang berlarutan sejak sekian lama.

“Kita bermula dari Petron Kampung Melayu melalui Pandan, Kangkar Tebrau sehingga ke Ulu Tiram sebelum berpatah balik menuju ke bandar bagi menyahut cabaran netizen yang meminta saya menaiki Myvi untuk merasai sendiri keadaan jalan.

“Memang betul apa yang mereka katakan dan rasanya seperti menaiki bot di Tanjung Surat, beralun-alun dan terhentak-terhentak akibat keadaan jalan,” katanya ketika berkunjung ke Bilik Operasi Bernama sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Maszlee berkata, sepanjang perjalanan itu beliau turut berdepan kesesakan trafik terutama pada waktu puncak, sekali gus membolehkan beliau memahami sendiri kesulitan yang dihadapi penduduk setiap hari.

Menurutnya, isu infrastruktur berkenaan bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana ia berkait rapat dengan kualiti hidup masyarakat serta memerlukan penyelesaian menyeluruh melibatkan pelbagai agensi.

“Saya nampak perkara ini boleh diperbaiki, tetapi ia memerlukan kerjasama erat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), perancang bandar dan pelbagai pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, kesesakan di kawasan seperti Taman Daya, Taman Pelangi Indah dan sekitar Tebrau berpunca daripada pembangunan pesat yang tidak diiringi peningkatan kapasiti jalan raya sedia ada.

Jelasnya, sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat, beliau akan mengutamakan pandangan penduduk sebelum menentukan keperluan yang perlu diberi perhatian bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Saya pernah berada di peringkat pusat dan kementerian, jadi saya faham bagaimana proses untuk menangani perkara-perkara seperti ini,” katanya.

Pada PRN Johor kali ini, kerusi DUN Puteri Wangsa menyaksikan saingan lima penjuru membabitkan Maszlee mewakili PH, Rashifa Aljunied (MUDA), Teow Chia Ling (Barisan Nasional), Nicholas Paul Vincent (Parti Bersama Malaysia) dan Wang Wee Siong (Bebas).

DUN Puteri Wangsa mempunyai seramai 128,723 pengundi berdaftar. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRN Johor pada 11 Julai, manakala pengundian awal berlangsung pada 7 Julai.

Berita berkaitan
Bersatu tidak akan arah ahli undi parti lain macam PAS buat: Muhyiddin
June 29, 2026· Politik
PRN Johor: Lebih 24,000 kertas undi pos mula diedarkan
June 29, 2026· Politik
Puad dakwa Onn Hafiz takut berdebat, pernah diminta hadkan perbahasan DUN
June 29, 2026· Politik
PRN Johor: Amanah bidas UMNO terdesak mengemis sokongan PAS
2 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Jangan alih isu, AMK mahu Onn Hafiz jelaskan janji BN dulu yang tertunggak
3 jam lalu · Politik
Selepas ‘ceraikan’ Bersatu, Hadi gesa orang Melayu mengundi pemimpin Islam pula
5 jam lalu · Politik
PRN Johor: Puad dakwa UMNO bergantung dengan kerjasama PAS untuk menang
5 jam lalu · Politik
Bersama sahut cabaran PRN Johor, di mana Wawasan bertanding? – Rafizi
8 jam lalu · Politik
DAP dakwa wujud kerjasama BN-PN di PRN Johor, undi BN dapat PAS
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok