PRN Johor: Puad dakwa UMNO bergantung dengan kerjasama PAS untuk menang

5 jam lalu · Politik

Keyakinan UMNO untuk mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor didakwa semakin tinggi walaupun bekas Perdana Menteri Najib Razak, masih menjalani hukuman penjara.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi, mendakwa terdapat pemimpin parti itu yang percaya faktor ketiadaan Najib, yang sinonim dengan gelaran “Bossku”, tidak akan menjejaskan peluang UMNO untuk menguasai Johor.

Menurutnya, keyakinan tersebut didorong oleh dakwaan wujudnya kerjasama politik secara tidak rasmi antara UMNO dan PAS menjelang pilihan raya negeri itu.

“Beberapa pemimpin UMNO percaya UMNO akan menang besar di Johor. Ada juga yang berpandangan kalau Bossku masih di dalam (penjara) semasa PRN Johor tidak mengapa.

“Kerjasama UMNO-PAS ini lebih besar impaknya walaupun Bossku tidak dapat membantu kempen,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Setakat ini, UMNO dan PAS belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan kerjasama tersebut.

Bagaimanapun, PAS semalam mengarahkan penyokongnya supaya mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi parti itu, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai hubungan kedua-dua parti.

Puad turut mendakwa rundingan antara UMNO dan PAS telah berlangsung secara senyap bagi menghadapi pilihan raya, termasuk PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, antara persetujuan awal ialah PAS tidak akan bertanding di Johor, namun keputusan itu berubah apabila parti berkenaan akhirnya meletakkan calon di 11 kerusi.

“Saya telah mengingatkan bahaya kerjasama itu ketika perkara ini dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 10 Jun lalu.

“Perundingan boleh diteruskan jika tujuannya untuk menang PRN atau PRU. Tetapi kalau kerjasama itu bertujuan penyatuan ummah, ia tidak akan berjaya. Lebih baik fokus kepada Musyawarah Nasional yang dipengerusikan Ghani Othman,” katanya.

Untuk rekod, BN dan Pakatan Harapan (PH) masing-masing bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Sementara itu, PAS meletakkan 11 calon, Bersatu 16 calon, manakala Pejuang yang kini menjadi komponen baharu Perikatan Nasional (PN) bertanding di satu kerusi. Parti Rakyat India Malaysia pula bertanding di lima kerusi.

PRN Johor kali ini turut menyaksikan PAS dan Bersatu mengambil haluan berbeza apabila PAS menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu, namun kedua-dua parti masih menggunakan lambang PN sepanjang kempen pilihan raya.

Berita berkaitan
Bersatu tidak akan arah ahli undi parti lain macam PAS buat: Muhyiddin
June 29, 2026· Politik
PRN Johor: Lebih 24,000 kertas undi pos mula diedarkan
June 29, 2026· Politik
Puad dakwa Onn Hafiz takut berdebat, pernah diminta hadkan perbahasan DUN
June 29, 2026· Politik
PRN Johor: Amanah bidas UMNO terdesak mengemis sokongan PAS
2 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Maszlee uji sendiri jalan Tebrau, akui ‘melambung’ naik Myvi: Bernama
3 jam lalu · Politik
Jangan alih isu, AMK mahu Onn Hafiz jelaskan janji BN dulu yang tertunggak
3 jam lalu · Politik
Selepas ‘ceraikan’ Bersatu, Hadi gesa orang Melayu mengundi pemimpin Islam pula
5 jam lalu · Politik
Bersama sahut cabaran PRN Johor, di mana Wawasan bertanding? – Rafizi
9 jam lalu · Politik
DAP dakwa wujud kerjasama BN-PN di PRN Johor, undi BN dapat PAS
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok