Mat Sabu: Reformasi mesti dibuktikan dengan tindakan

August 15, 2026 · Politik

Agenda reformasi tidak seharusnya terhenti selepas sesebuah kerajaan memperoleh kuasa, sebaliknya usaha memperbaiki tadbir urus dan membanteras rasuah perlu diteruskan, kata Mohamad Sabu.

Presiden Amanah itu berkata mandat diberikan rakyat perlu diterjemahkan menerusi kerja dan tindakan, tanpa mengira kedudukan atau pihak yang terlibat.

“Yang ‘sakau’ duit rakyat, kita lawan. Tak kira siapa, tak kira kedudukan. Bagi Bang Mat, reformasi bukan sekadar slogan. Kita sudah diberi amanah.

“Sekarang masa untuk kita buktikan dengan kerja dan tindakan. Perjuangan masih panjang. Kita terus bekerja untuk rakyat dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata demikian selepas menghadiri Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, yang turut menyaksikan amanat Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengenai kelangsungan agenda reformasi.

Menurutnya, usaha reformasi perlu dilihat secara lebih menyeluruh, termasuk memperjuangkan hak rakyat Sabah dan Sarawak menerusi pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pada masa sama, beliau berkata pencapaian ekonomi tidak seharusnya hanya dinilai melalui angka pertumbuhan, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada peningkatan taraf hidup rakyat.

“Angka pertumbuhan penting, tetapi yang lebih penting rakyat merasai peningkatan taraf hidup dan kerajaan mampu menangani tekanan kos sara hidup,” katanya.

Mohamad turut menyambut baik pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), yang disifatkannya mampu membuka ruang lebih luas kepada mahasiswa untuk bersuara dan terlibat dalam kehidupan demokrasi.

Berita berkaitan
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
August 25, 2026· Isu semasa
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
August 25, 2026· Isu semasa
Anwar: Jadikan ajaran Rasulullah panduan hidup
August 25, 2026· Isu semasa
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
August 25, 2026 · Politik
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
23 jam lalu · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
August 24, 2026 · Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
August 24, 2026 · Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
August 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok