Maxis dilantik sebagai penyedia rangkaian 4G, 5G sepanjang laluan ECRL: Laporan

February 11, 2026 · Isu semasa

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) melantik Maxis sebagai penyedia infrastruktur rangkaian mudah alih 4G dan 5G di sepanjang jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sekali gus memperkukuh usaha negara ke arah transformasi digital selari dengan pembangunan sistem pengangkutan moden.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, langkah itu bertujuan mengoptimumkan penggunaan infrastruktur sedia ada sambil membolehkan penyedia perkhidmatan menumpukan kepada peningkatan pengalaman pengguna dan kualiti rangkaian kepada rakyat.

“Kerjasama ini menandakan satu lagi langkah penting kerajaan dalam usaha membina masa depan digital negara, selari dengan pembangunan infrastruktur fizikal berskala nasional, khususnya melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi seperti ECRL,” katanya ketika berucap pada majlis peluncuran ketibaan Golden Tren EMU dan E-Loco projek itu di Stesen KotaSAS hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Pengangkutan Anthony Loke bersama beberapa pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan.

ECRL merupakan projek rel strategik yang menghubungkan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Lembah Klang, melibatkan laluan dari Kelantan ke Selangor.

Projek ini dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi, memudahkan logistik serta membuka peluang pembangunan bandar baharu berorientasikan transit di sepanjang koridor laluan.

Fahmi berkata Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan melaksanakan pendekatan kolaboratif melibatkan lima pengendali rangkaian utama negara berasaskan prinsip perkongsian infrastruktur.

“Inisiatif ini selari dengan dasar kerajaan ‘Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet’ bagi memastikan liputan internet tersedia di sepanjang laluan pengangkutan utama termasuk jajaran ECRL,” katanya.

Beliau turut memaklumkan Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali akan diperkenalkan dan dikongsi bersama penyedia perkhidmatan lain termasuk CelcomDigi, Telekom Malaysia dan YTL.

Menurutnya, pendekatan bersepadu itu akan memberi manfaat kepada penumpang ECRL serta meningkatkan liputan rangkaian di kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar di sepanjang laluan projek.

“Apabila siap kelak, semua pengendali termasuk Maxis, CelcomDigi, U Mobile, YTL dan Telekom Malaysia akan dapat menyediakan perkhidmatan 4G dan 5G kepada penumpang ECRL dengan kualiti liputan mematuhi piawaian MSQoS,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Jurutera rugi lebih RM27,000 akibat penipuan seks dalam talian
4 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat individu buat video palsu berhubung SPRM dan Azam Baki
4 jam lalu· Isu semasa
Kapal kedua lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini: Fahmi
22 jam lalu· Isu semasa
Kempen Internet Selamat diperluas guna pendekatan rakan sebaya
April 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pasangan tular kes lucah di jirat Cina dibebaskan
1 jam lalu · Isu semasa
Kos sara hidup akan terkena tempias akibat konflik Asia Barat: MIER
1 jam lalu · Isu semasa
Institusi kewangan jadi benteng ekonomi negara: Anwar
1 jam lalu · Isu semasa
RM5 Bilion tambahan untuk bantu PMKS hadapi krisis global: PMX
2 jam lalu · Isu semasa
Konflik Asia Barat perlu dihentikan, elak kesan ekonomi melarat: Sultan Nazrin
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok