Maybank memaklumkan gangguan yang menjejaskan aplikasi DuitNow.
Malayan Banking Bhd (Maybank) memaklumkan bahawa perkhidmatannya sedang mengalami gangguan yang menjejaskan DuitNow, termasuk pembayaran QR, pemindahan wang, pembayaran bil serta transaksi berkaitan.
Menerusi kenyataan di platform X hari ini, Maybank berkata beberapa transaksi berkemungkinan mengambil masa lebih lama atau tergendala untuk sementara waktu.
“Dalam tempoh itu, anda boleh terus menggunakan kemudahan GIRO Antara bank seperti biasa bagi tujuan penghantaran wang.
“Kami sedang mengambil langkah untuk memulihkan perkhidmatan yang terjejas dengan secepat mungkin,” katanya.
Maklumat lanjut atau bantuan boleh diperoleh menerusi mgcc@maybank.com atau menghubungi talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara). – Bernama
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum