MB Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud bersama PMX, Anwar Ibrahim semasa perasmian majlis penutup Program Madani Rakyat (PMR) Kelantan 2025.
Mohd Nassuruddin Daud, menyatakan bahawa pelbagai projek pembangunan yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) membuktikan komitmen berterusan kerajaan persekutuan terhadap pembangunan negeri ini.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, RMK13 yang dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, telah merangkumi aspek pembangunan strategik untuk memastikan kesejahteraan menyeluruh rakyat Kelantan.
“Atas nama kerajaan negeri dan rakyat Kelantan, kami merakamkan penghargaan tertinggi kepada Perdana Menteri atas peruntukan dan sokongan ini,” katanya semasa merasmikan majlis penutup Program Madani Rakyat (PMR) Kelantan 2025.
Antara projek besar yang akan dilaksanakan di Kelantan termasuk pembinaan loji rawatan air di Machang, pembangunan industri pembinaan dan pembaikan kapal (SBSR), pengoperasian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), pembangunan hab ekonomi biru, penaiktarafan Pelabuhan Tok Bali, serta projek tebatan banjir di Sungai Golok.
Mohd Nassuruddin menyambut baik hasrat kerajaan pusat untuk memberi tumpuan khusus kepada negeri-negeri kurang membangun seperti Kelantan bagi menangani ketidakseimbangan pembangunan.
Beliau turut memohon pertimbangan kerajaan pusat terhadap beberapa projek keutamaan negeri yang masih belum diluluskan, termasuk pembinaan Empangan Sungai Lebir di Kuala Krai sebagai struktur mitigasi banjir, Loji Rawatan Kumbahan Serantau di Tunjong, penubuhan Zon Ekonomi Khas Rantau Panjang, pembangunan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3), serta pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan (CPPC) di Lojing untuk menjadikan Kelantan sebagai hab pengeluaran makanan utama negara.
“Kami yakin dengan kerjasama erat antara kerajaan pusat dan negeri, agenda pembangunan menyeluruh yang memberi manfaat kepada rakyat dapat direalisasikan,” ujarnya.
Terdahulu, beliau memuji pelaksanaan PMR 2025 di Kelantan yang berjaya memberi pelbagai manfaat kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif sepanjang tiga hari program tersebut berlangsung.
Guru rugi RM325,000 diperdaya sindiket menyamar pegawai AMLA
Guan Eng desak Sosma dimansuh susulan penahanan remaja 16 tahun
Agong berangkat ke Russia untuk lawatan khas: Laporan
SPRM sita aset RM9.7 juta dalam siasatan pelaburan RM300 juta
Sultan Pahang tegur salah guna kuasa di sebalik baju seragam dan institusi
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong