MCMC ambil langkah agresif lindungi kanak-kanak di dunia digital

December 3, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan langkah lebih agresif bagi melindungi kanak-kanak di ruang digital menjelang pelaksanaan penuh Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA 2025).

Kenyataan MCMC ini susulan kepada dapatan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang memberi perhatian serius terhadap keselamatan generasi muda di internet.

Menurut MCMC, fokus utama kini tertumpu kepada penyediaan instrumen subsidiari yang menetapkan kewajipan jelas kepada platform digital di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Keutamaan kami ialah memastikan setiap platform mengurus risiko dengan lebih proaktif, terutama kandungan yang memudaratkan kanak-kanak,” kata MCMC dalam kenyataan.

ONSA 2025 memperkenalkan pendekatan kawal selia baharu yang mewajibkan platform bertindak terhadap kandungan berisiko tinggi seperti bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM), kandungan lucah, sumbang dan berkaitan kemudaratan diri.

Menurut MCMC, dari 1 Januari 2024 hingga 30 November 2025, sebanyak 957 kandungan jelik kanak-kanak dikenal pasti, dengan 94% daripadanya berjaya diturunkan dan Tumblr, TikTok dan Facebook antara platform paling responsif.

MCMC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memperkukuh operasi bersepadu melalui siri Op Pedo.

Operasi pertama pada Disember 2024 menyaksikan 13 individu ditahan dan lebih 40,000 bahan CSAM dirampas.

Namun, Op Pedo 2.0 pada September 2025 mencatat kejayaan jauh lebih besar dengan 31 suspek ditahan di 37 lokasi serta rampasan lebih 880,000 fail, ianya peningkatan hampir 20 kali ganda.

“Ini bukti kemampuan risikan digital negara semakin padu,” kata MCMC.

Dalam aspek pendidikan awam, Kempen Internet Selamat (KIS) telah dilaksanakan di 8,454 institusi pendidikan melibatkan pelajar, ibu bapa dan pendidik.

Persiapan juga sedang dilakukan bagi penguatkuasaan had umur minimum 16 tahun untuk pendaftaran akaun media sosial bermula 2026.

Inisiatif KIS 2.0 pula bakal memfokuskan pendidikan literasi keselamatan digital kepada ibu bapa.

“Kami komited untuk memastikan ruang digital negara jadi tempat yang lebih selamat buat kanak-kanak — melalui kawal selia tegas, penguatkuasaan agresif dan pendidikan masyarakat yang konsisten,” jelas MCMC lagi.

Berita berkaitan
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
7 jam lalu· Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026· Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
September 20, 2026· Isu semasa
Scam: Terpedaya tawaran kripto, warga emas lesap RM218,000
September 17, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
7 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
7 jam lalu · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
10 jam lalu · Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026 · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
September 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok