MCMC arah tindakan segera baiki liputan telekomunikasi di Kampung Tinagat

June 8, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan tindakan segera diambil bagi meningkatkan kualiti liputan telekomunikasi di Kampung Tinagat selepas menerima aduan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Nizam Abu Bakar Titingan, serta penduduk setempat berhubung masalah perkhidmatan komunikasi yang tidak memuaskan.

Dalam satu kenyataan, MCMC memaklumkan pihaknya telah mengadakan lawatan ke kampung berkenaan baru-baru ini bagi menilai tahap perkhidmatan selular yang sering menjadi rungutan pengguna.

Menurut MCMC, sesi pengujian kualiti liputan dan prestasi perkhidmatan komunikasi dijalankan di tiga lokasi yang dikenal pasti di kawasan tersebut dengan penyertaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tinagat.

“Hasil pengujian Wireless Broadband Access Service (WBAS) mendapati dua daripada tiga lokasi ujian gagal memenuhi standard mandatori yang ditetapkan MCMC,” menurut kenyataan itu.

Susulan dapatan berkenaan, MCMC memaklumkan keputusan ujian telah disampaikan kepada penyedia perkhidmatan yang terlibat pada 29 Mei lalu untuk tindakan lanjut.

“Penyedia perkhidmatan diberikan tempoh tujuh hari bekerja untuk mengemukakan maklum balas serta pelan tindakan bagi menangani isu yang dikenal pasti,” katanya.

MCMC turut memberi amaran notis di bawah Seksyen 51(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan dikeluarkan kepada mana-mana penyedia perkhidmatan yang gagal memberikan maklum balas dalam tempoh ditetapkan.

Bagi mempercepatkan usaha penambahbaikan, MCMC mengarahkan CelcomDigi meningkatkan liputan rangkaian di kawasan berkenaan serta mengemukakan pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi masalah yang dihadapi penduduk.

Pada masa sama, Maxis turut diarahkan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di tapak menara telekomunikasi Kampung Tinagat bagi memastikan prestasi rangkaian dapat dipertingkatkan.

MCMC menegaskan pihaknya akan terus memantau pelaksanaan langkah penambahbaikan yang diambil oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi sehingga isu berkenaan diselesaikan sepenuhnya.

“Kami akan terus memantau pelaksanaan langkah penambahbaikan oleh penyedia perkhidmatan bagi memastikan isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan dengan berkesan dan penduduk menikmati perkhidmatan komunikasi yang lebih berkualiti,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
7 jam lalu· Isu semasa
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
12 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat dakwaan kebocoran data Khairul Aming
July 21, 2026· Isu semasa
IRC 2026 perkukuh agenda digital selamat Malaysia: MCMC
July 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
3 jam lalu · Isu semasa
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
10 jam lalu · Isu semasa
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
13 jam lalu · Isu semasa
PRN N9: Tauliah mengajar agama ahli politik digantung sementara
17 jam lalu · Isu semasa
Premis Network School disita, lesen perniagaan dibatalkan
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok