Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (tengah) bersama-sama dengan Peguam Cara Negara, Suzana Atan (kiri sekali); Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar (dua dari kiri); Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail (dua dari kanan) dan Pengerusi MCMC, Mohamad Salim Fateh Din (kanan sekali) pada pelancaran Kursus Penguatkuasaan Jenayah Siber di Melaka.
Sebagai langkah proaktif memerangi jenayah siber yang kian kompleks, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan Kursus Penguatkuasaan Jenayah Siber.
Pelancaran kursus tersebut disempurnakan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang menyifatkan inisiatif yang dilancaarkan tersebut amat kritikal memandangkan ancaman siber yang dihadapi semakin merentas sempadan dan membuktikan komitmen kerajaan memperkukuh pertahanan digital negara.
“Kursus ini adalah bukti komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh kesiapsiagaan negara untuk menghadapi ancaman jenayah siber,” jelas Fahmi.
Kebelakangan ini, negara berdepan pelbagai bentuk jenayah siber yang serius.
Pada tahun 2024 sahaja, purata kos ketirisan data di rantau ini dianggarkan melebihi USD3 juta, manakala kerugian akibat penipuan di Asia mencecah RM2.91 trilion.
Sejak 2022, MCMC telah menyekat 2.2 bilion panggilan meragukan dan menamatkan 185,499 talian SMS mencurigakan.
Kursus ini, yang merupakan kesinambungan daripada Perjanjian Persefahaman antara MCMC dan PDRM pada Mac 2024, dirangka khusus untuk meningkatkan keupayaan pegawai penguat kuasa.
Ia memberi fokus kepada aspek kritikal seperti penyiasatan, pengumpulan bukti digital, dan pengurusan kes jenayah siber.
Kerjasama strategik antara MCMC dan PDRM melalui kursus ini akan melahirkan barisan penguat kuasa yang lebih bersepadu, berkemahiran tinggi dan responsif dalam memerangi jenayah siber.
Kursus yang akan dilaksanakan bermula tahun hadapan itu diharap dapat membendung ancaman siber seterusnya melindungi kepentingan dan keselamatan rakyat Malaysia di alam maya.
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX
MB Negeri Sembilan: Tiada calon lain selain Tok Min
Kes tender PDRM: Saksi dedah bekas pegawai Hamzah rasa kecewa berhubung bayaran RM2 juta
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS