MCMC jumpa pengendali media sosial minggu depan bincang kaedah pengesahan identiti

October 28, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bakal mengadakan pertemuan penting dengan gergasi media sosial Meta, Google dan X di Singapura minggu depan.

Pertemuan itu bertujuan membincangkan mekanisme terbaik untuk melaksanakan proses pengesahan identiti pengguna (eKYC) yang lebih selamat.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menekankan langkah ini penting bagi memastikan dokumen rasmi seperti MyKad dan pasport yang digunakan untuk eKYC tidak mengalami ketirisan maklumat.

“Yang paling penting, kita perlu mencari mekanisme terbaik bagi menjamin keselamatan kanak-kanak ketika menggunakan platform dalam talian dan melindungi mereka daripada ancaman seperti pedofilia.

“Justeru, pelaksanaan proses eKYC adalah diperlukan,” katanya semasa menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan terdahulu bertanya mengenai langkah kerajaan untuk mengekang akses media sosial dalam kalangan kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah.

Sementara itu, mengenai keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang menyatakan perkataan ‘jelik’ dan ‘menyakitkan hati’ di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebagai tidak berperlembagaan, Fahmi menjelaskan kerajaan menghormati keputusan tersebut.

“Kerajaan sedang meneliti aspek perlembagaan dan undang-undang, dan atas nasihat Jabatan Peguam Negara, kami telah memfailkan permohonan kebenaran rayuan ke Mahkamah Persekutuan,” ujarnya.

Beliau menyeru semua pihak supaya menunggu keputusan muktamad Mahkamah Persekutuan.

“Adalah wajar semua pihak menunggu keputusan tersebut sebelum membuat apa-apa pendirian bagi mengelakkan spekulasi yang boleh mengganggu proses kehakiman serta isu subjudis,” tegas Fahmi.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu hanya terpakai pada peruntukan Seksyen 233 sebelum pindaan Akta tersebut.

Berita berkaitan
Kerajaan perangi judi haram secara lebih agresif: PMX
4 jam lalu· Isu semasa
Majoriti pengguna RON95 guna bawah 200 liter sebulan: Anwar
5 jam lalu· Isu semasa
MCMC berjaya tumpaskan sindiket Stesen Pangkalan Palsu di Johor
15 jam lalu· Isu semasa
Pindaan SOSMA dijangka dibentang tengah tahun ini
February 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Dewan Rakyat diberitahu lebih 21,000 remaja hamil luar nikah sejak 2019
5 jam lalu · Isu semasa
Pembinaan rumah ibadat perlu mengikut lunas perundangan, titah Agong
5 jam lalu · Isu semasa
Kedudukan CPI Malaysia meningkat, usaha lawan rasuah tunjuk hasil: Anwar
15 jam lalu · Isu semasa
SPRM nafi laporan Bloomberg terhadap Azam Baki, sifatkan sebagai mengelirukan
22 jam lalu · Isu semasa
Farhash nafi dakwaan Rafizi ada kaitan dalam urus niaga bos SPRM: Laporan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok