MCMC, LLM berganding bahu atasi kawasan internet lemah di lebuh raya negara

July 30, 2026 · Isu semasa

Usaha memperluaskan liputan Internet di sepanjang lebuh raya negara diperkukuh menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), hari ini.

Majlis pertukaran MoU itu disaksikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi sebagai simbol komitmen kerajaan memperkukuh kerjasama rentas kementerian bagi mempercepat pembangunan infrastruktur digital negara.

Kerjasama strategik itu memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur komunikasi di sepanjang rangkaian lebuh raya menggunakan kawasan rizab lebuh raya atau Right of Way (ROW), sekali gus meningkatkan liputan rangkaian di kawasan yang dikenal pasti mengalami masalah liputan lemah dan panggilan terputus.

Fahmi berkata, usaha berkenaan bukan sekadar projek telekomunikasi, sebaliknya merupakan pelaburan strategik yang menyokong keselamatan awam, meningkatkan produktiviti ekonomi dan mempercepat transformasi digital negara.

“Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan komitmen kerajaan memastikan manfaat pendigitalan dapat dinikmati seluruh rakyat, kerjasama antara MCMC dan LLM ini mengangkat semangat ‘Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet’,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Beliau berkata, inisiatif itu bakal memberi manfaat besar kepada pengguna lebuh raya melalui akses lebih baik kepada komunikasi kecemasan, aplikasi navigasi dan maklumat trafik masa nyata, selain menyokong sektor logistik yang semakin bergantung kepada data serta rangkaian digital.

Menurutnya, kerjasama itu juga menjadi asas kepada pembangunan teknologi mobiliti masa depan seperti sistem pengangkutan pintar, pelaksanaan sistem kutipan tol Multi-Lane Fast Flow (MLFF) dan pelbagai aplikasi Internet Kebendaan (IoT) yang memerlukan rangkaian komunikasi stabil serta boleh dipercayai.

“Kerajaan mahu memastikan pembangunan digital negara tidak hanya tertumpu di kawasan bandar, malah meliputi koridor pengangkutan yang menghubungkan rakyat, komuniti dan aktiviti ekonomi di seluruh negara,” katanya.

Bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar, Fahmi berkata MCMC dan LLM akan menubuhkan Pasukan Petugas Bersama untuk menyelaras projek, mengenal pasti kawasan keutamaan serta mempercepat penyelesaian isu berkaitan akses tapak, kelulusan teknikal dan penyelarasan pembangunan.

Sementara itu, MCMC memaklumkan pelawaan telah dikeluarkan pada 15 Mei lalu bagi pembinaan menara komunikasi di 10 lebuh raya seliaan LLM yang dikenal pasti mempunyai masalah liputan Internet.

Antara lokasi terbabit ialah Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), selain kawasan geografi mencabar seperti Terowong Menora dan Gua Tempurung di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Kerjasama itu turut dijangka memperkukuh asas infrastruktur digital negara bagi menyokong pelaksanaan teknologi mobiliti pintar pada masa depan, selain memastikan pengguna lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan yang lebih selamat, lancar dan sentiasa berhubung.

MoU tersebut mencerminkan pendekatan menyeluruh kerajaan dalam menyepadukan pembangunan infrastruktur fizikal dan digital bagi merangsang pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

Berita berkaitan
JPJ nafi hantaran tular berkait lesen kepada Rohingya, buat laporan MCMC: Bernama
4 jam lalu· Isu semasa
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
September 22, 2026· Politik
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
September 22, 2026· Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
September 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
21 jam lalu · Isu semasa
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
22 jam lalu · Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
22 jam lalu · Isu semasa
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
22 jam lalu · Isu semasa
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
September 23, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok