MCMC menang saman terhadap pentadbir dua saluran Telegram

November 14, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya memperoleh penghakiman ingkar Mahkamah Tinggi terhadap pentadbir dua saluran Telegram, ‘Edisi Siasat’ dan ‘Edisi Khas’, hari ini.

Keputusan ini diperoleh berikutan kegagalan defendan untuk membela diri dalam saman berhubung penyebaran 33 artikel yang didakwa berunsur fitnah dan memudaratkan.

Peguam MCMC, Wong Guo Jin, memaklumkan Hakim Mahazan Mat Taib membenarkan permohonan suruhanjaya itu selepas pentadbir saluran berkenaan gagal memfailkan memorandum kehadiran mengikut tarikh yang ditetapkan mahkamah.

“Bagaimanapun, ganti rugi am dan ganti rugi telajar akan ditaksir kemudian oleh mahkamah,” katanya dipetik laporan media.

Menurut prosiding kes, MCMC telah memfailkan permohonan untuk penghakiman ingkar pada 25 September lepas.

Tindakan ini diambil susulan kegagalan defendan yang tidak dikenali itu untuk memfailkan dokumen kehadiran mereka yang sepatutnya diserahkan pada 10 September.

Tambahan pula, sehingga tarikh akhir 24 September yang diberikan untuk memfailkan pembelaan, tiada sebarang dokumen difailkan oleh defendan.

Kemenangan prosedur mahkamah ini menandakan satu langkah penting bagi MCMC dalam usaha mengawal selia kandungan berbahaya dan fitnah yang disebarkan secara atas talian.

Kes ini kini akan beralih ke fasa penentuan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh pentadbir saluran tersebut kepada MCMC.

 

Berita berkaitan
Guru rugi RM325,000 diperdaya sindiket menyamar pegawai AMLA
5 jam lalu· Isu semasa
X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi
January 23, 2026· Isu semasa
Sekatan ke atas aplikasi Grok ditarik balik selepas patuh arahan MCMC
January 23, 2026· Isu semasa
Kes rogol: Pendakwah selebriti masuk penjara selepas rayuan ditolak
January 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Guan Eng desak Sosma dimansuh susulan penahanan remaja 16 tahun
5 jam lalu · Isu semasa
Agong berangkat ke Russia untuk lawatan khas: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
SPRM sita aset RM9.7 juta dalam siasatan pelaburan RM300 juta
6 jam lalu · Isu semasa
Sultan Pahang tegur salah guna kuasa di sebalik baju seragam dan institusi
January 24, 2026 · Isu semasa
Akses lebih adil kepada pelajar pelbagai aliran masuk ke universiti awam: Loke
January 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok