MCMC perketat pemantauan judi dalam talian menjelang Piala Dunia

June 8, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang kandungan atau pautan berunsur perjudian dalam talian yang dikesan menjelang kempen Piala Dunia 2026 yang bermula Khamis ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, orang ramai disaran segera membuat aduan kepada MCMC sekiranya menemui kandungan berkaitan perjudian dalam talian di mana-mana platform digital bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil.

“Seperti kita ketahui, judi dalam talian tidak dibenarkan dalam negara kita. Jadi sekiranya pihak MCMC menerima aduan, tindakan boleh diambil.

“Kepada orang awam, sekiranya anda melihat pautan atau kandungan yang bersifat judi dalam talian, sila panjangkan aduan kepada pihak MCMC untuk diambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas Persidangan Meja Pelaporan Media Selamat dan Sesi Latihan Interaktif: Pelaporan Media Selamat dan Bertanggungjawab Mengenai Tingkah Laku Bunuh Diri hari ini.

Menurut Fahmi, tindakan penguatkuasaan bukan sahaja boleh dikenakan terhadap kandungan yang mempromosikan perjudian, malah turut melibatkan portal perjudian dalam talian yang didapati melanggar undang-undang negara.

Amaran itu hadir ketika pihak berkuasa menjangkakan peningkatan aktiviti pertaruhan haram sempena kejohanan bola sepak terbesar dunia itu yang sering menjadi sasaran sindiket perjudian untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Sebelum ini, laporan media mendedahkan sindiket pertaruhan antarabangsa dan bookie tempatan menggunakan tawaran hadiah wang tunai lumayan bernilai jutaan ringgit sebagai umpan bagi menggalakkan orang ramai membuat pertaruhan sepanjang berlangsungnya Piala Dunia 2026.

Laporan sama turut mendedahkan aktiviti pertaruhan kini semakin beralih ke platform digital berbanding kaedah konvensional yang digunakan sebelum ini.

Ejen-ejen perjudian didakwa mengumpulkan wang pertaruhan melalui medium dalam talian dengan menggunakan puluhan laman web yang beroperasi dari luar negara.

MCMC sebelum ini giat bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dalam usaha membanteras kandungan menyalahi undang-undang di internet, termasuk penipuan dalam talian, perjudian haram dan penyebaran kandungan berbahaya yang boleh mengancam keselamatan pengguna.

Berita berkaitan
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
1 jam lalu· Isu semasa
Kes scam: Ingat arahan bos, kerani pindah RM452,000
5 jam lalu· Isu semasa
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
August 24, 2026· Isu semasa
JMF buat penampilan sulung, meriahkan Hari Kebangsaan: Fahmi
August 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
4 jam lalu · Isu semasa
Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta
5 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
23 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
23 jam lalu · Isu semasa
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
August 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok