MCMC perluas kesedaran kelulusan peranti, 359 premis dilawati

November 14, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melengkapkan lawatan ke 359 premis peranti komunikasi di seluruh negara dalam usaha meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan kelulusan dan label.

Menurut MCMC, lawatan ini bertujuan memberi penerangan terus kepada pemilik dan pekerja kedai tentang keperluan peranti komunikasi yang diperakui.

Tindakan proaktif ini memastikan peranti yang dijual adalah selamat, asli, mematuhi piawaian, serasi dengan rangkaian, dan tidak mengganggu frekuensi.

Inisiatif di bawah program ‘Direct Engagement’ ini dijalankan dari Jun 2024 sehingga November 2025.

MCMC juga mengingatkan orang ramai bahawa menjual atau menggunakan peranti tanpa kelulusan atau label MCMC adalah satu kesalahan.

“Sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya sekali,” tegas MCMC dalam kenyataannya.

Maklum balas yang diterima daripada para peniaga sepanjang program ini dilaporkan sangat menggalakkan.

Mereka dikatakan menyambut baik pendekatan turun padang MCMC dan menyatakan komitmen untuk mematuhi keperluan pemerakuan serta pelabelan yang ditetapkan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan MCMC dalam memastikan keselamatan pengguna dan mengekalkan integriti rangkaian komunikasi negara.

Pengguna digalakkan berbelanja dengan yakin dengan hanya membeli peranti yang mempunyai label MCMC.

Bagi memudahkan orang ramai menyemak status pemerakuan, aplikasi Check Your Label (CYL) boleh dimuat turun melalui Apple App Store atau Google Play Store.

“Pengguna hanya perlu memasukkan nombor Label ID MCMC, nombor IMEI atau nombor siri untuk mendapatkan status pemerakuan dan maklumat peranti,” kata MCMC.

Maklumat lanjut boleh dilayari di www.cyl.gov.my.

Berita berkaitan
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
September 4, 2026· Isu semasa
iQIYI turunkan 6 episod Madu atau Racun, baki enam lagi ditangguhkan
September 2, 2026· Isu semasa
77 rakyat Malaysia dibawa pulang dari Nepal, 55 masih belum dapat dikesan: Fahmi
September 2, 2026· Isu semasa
Drama sentuh sensitiviti akan diambil tindakan, tiada kompromi: Fahmi
September 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
September 6, 2026 · Isu semasa
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
September 6, 2026 · Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026 · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok