Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai memuat naik kandungan berunsur ancaman dan penghinaan melampau terhadap kerabat diraja Terengganu menerusi akaun peribadinya di platform X.
Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan hantaran tersebut menyentuh sensitiviti institusi diraja serta mengandungi unsur yang boleh mencetuskan kebencian dan ketegangan awam.
“Kandungan itu berpotensi menimbulkan gangguan terhadap ketenteraman negara,” menurut kenyataan berkenaan.
Bagi membantu siasatan, individu terbabit telah dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Lanchang semalam.
Sebuah telefon bimbit bersama kad sim turut disita untuk tujuan analisis forensik digital.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM500,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
MCMC menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan media sosial yang melibatkan ancaman, hasutan kebencian atau penghinaan terhadap institusi diraja.
“Tindakan penguatkuasaan akan diambil secara tegas dan profesional selaras dengan undang-undang sedia ada tanpa mengira latar belakang mana-mana pihak,” katanya.
Institusi diraja di Malaysia dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada, dengan sebarang penghinaan atau ancaman terhadap institusi tersebut sering dianggap isu serius yang boleh menjejaskan keharmonian negara.
MCMC turut mengingatkan orang ramai supaya menggunakan platform digital secara berhemah dan mematuhi undang-undang, sambil menegaskan kebebasan bersuara tidak boleh disalahgunakan sehingga mengancam keselamatan awam dan kestabilan negara.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib