MCMC siasat pempengaruh terkait video tular gelandangan diberi sisa makanan

August 5, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan berikutan aduan orang ramai mengenai sebuah video tular yang memaparkan sekumpulan individu dipercayai pempengaruh memberikan sisa makanan kepada seorang gelandangan.

Suruhanjaya itu menyatakan kebimbangan serius terhadap penghasilan dan penyebaran kandungan yang mengeksploitasi golongan terpinggir sekadar untuk hiburan murahan, populariti, dan perhatian umum.

MCMC menegaskan bahawa tindakan sedemikian bukan sahaja tidak beretika, malah menggalakkan normalisasi tingkah laku tidak berperikemanusiaan dalam masyarakat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, MCMC memberi amaran bahawa penyebaran kandungan yang merendah maruah atau menghina individu melanggar undang-undang sedia ada, dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang disabitkan bersalah.

“MCMC menegaskan bahawa siasatan terhadap kandungan tersebut sedang dijalankan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada, dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah,” kata MCMC dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai diingatkan supaya tidak berkongsi atau memuat naik bahan provokatif yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 [Akta 588], individu yang menyebarkan kandungan ofensif, palsu, atau bersifat ancaman boleh dikenakan hukuman termasuk denda sehingga RM500,000, hukuman penjara maksimum dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali.

MCMC mengulangi komitmennya untuk memastikan ruang siber tidak disalahgunakan, sambil menegakkan kedaulatan undang-undang dan keharmonian masyarakat.

Suruhanjaya itu juga menyeru pengguna internet untuk melaporkan sebarang kandungan berbahaya melalui saluran yang betul dan mengamalkan kewarganegaraan digital yang bertanggungjawab.

Berita berkaitan
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
4 jam lalu· Isu semasa
Judi, scam: Facebook paling banyak diminta turunkan kandungan
August 18, 2026· Isu semasa
MCMC, Imigresen perkukuh kerjasama banteras jenayah rentas sempadan
August 18, 2026· Isu semasa
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
August 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
9 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok