MCMC taja biasiswa 25 pelajar cemerlang, bina bakat digital negara

December 16, 2025 · Isu semasa

Seramai 25 pelajar cemerlang menerima Biasiswa MCMC 2025 menerusi program MCMC LEGASI dan MCMC CARE dalam majlis penyampaian yang disempurnakan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, hari ini.

Biasiswa yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu mencerminkan komitmen berterusan agensi berkenaan dalam melahirkan bakat berkemahiran tinggi bagi memperkukuh daya saing negara dalam sektor komunikasi dan multimedia.

Menurut Fahmi, inisiatif tersebut bukan sekadar bantuan kewangan, sebaliknya satu pelaburan jangka panjang terhadap masa depan ekonomi digital negara.

“Kita mahu melahirkan generasi profesional yang bukan sahaja cemerlang secara akademik, tetapi mampu memimpin dan membentuk ekosistem digital Malaysia,” katanya semasa majlis berkenaan.

Biasiswa MCMC LEGASI diberikan kepada lima pelajar berprestasi tinggi untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka dalam atau luar negara, manakala MCMC CARE memanfaatkan 20 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang melanjutkan pengajian di universiti awam tempatan.

Kedua-dua program menawarkan pembiayaan penuh termasuk yuran pengajian dan kos sara hidup, selain pendedahan industri secara berstruktur dalam bidang seperti telekomunikasi, media, dasar pengawalseliaan, keselamatan siber dan Internet of Things (IoT).

Penerima LEGASI turut ditawarkan penempatan latihan industri serta jaminan pekerjaan di MCMC selepas tamat pengajian.

Kesemua penerima juga akan mengikuti latihan dan pensijilan profesional merangkumi pembangunan peraturan, infrastruktur digital, inovasi dasar dan keselamatan rangkaian sebagai persediaan menyertai industri.

Proses pemilihan dilaksanakan secara ketat melibatkan 907 permohonan, dengan calon melalui penilaian akademik, keperluan kewangan, ujian psikometrik dan temu duga akhir oleh jawatankuasa bebas.

Pemilihan turut memastikan wakil dari Sabah dan Sarawak diberi peluang sewajarnya bagi mencerminkan kepelbagaian bakat anak muda Malaysia.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Abdul Halim Hamzah dan Pengerusi MCMC, Mohamad Salim Fateh Din.

Berita berkaitan
ONSA beri tumpuan kepada pencegahan buli siber dan penipuan dalam talian
November 26, 2026· Rencana
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
19 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
19 jam lalu· Isu semasa
MCMC perkukuh pertahanan siber, jalin kerjasama dengan NACSA
22 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
November 26, 2026 · Isu semasa
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
1 jam lalu · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
1 jam lalu · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
17 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok