MCMC turunkan lebih 1,500 kandungan berbaur perkauman tahun ini: Fahmi

December 4, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendedahkan sebanyak 1,583 permohonan penurunan kandungan berkaitan sentimen perkauman telah dikemukakan dari 1 Januari hingga 30 November tahun ini, menandakan peningkatan ketara terhadap isu keselamatan digital dan keharmonian sosial di platform dalam talian.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, daripada jumlah itu, 1,066 kandungan berjaya diturunkan oleh penyedia platform mengikut garis panduan komuniti masing-masing serta undang-undang tempatan yang berkuat kuasa.

“Segala tindakan MCMC dibuat mengikut peruntukan Akta 588 bagi memastikan maklumat disebar secara bertanggungjawab, tanpa elemen fitnah atau kebencian,” katanya ketika menjawab soalan V Ganabatirau (PH-Klang) di Dewan Rakyat.

Fahmi menegaskan usaha tersebut penting bagi melindungi institusi Raja Berperlembagaan dan demokrasi negara daripada cubaan pihak tertentu menyebarkan hasutan atau penghinaan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Kita tak boleh biarkan kebebasan bersuara disalah guna. Keseimbangan antara hak individu dan kepentingan awam mesti dijaga demi kesejahteraan bersama,” katanya lagi.

Beliau turut menggesa orang ramai membuat aduan rasmi jika berdepan kandungan sensitif atau berunsur ekstrem.

Aduan boleh dikemukakan melalui portal MCMC di aduan.mcmc.gov.my atau secara bertulis kepada mana-mana pejabat negeri MCMC.

Menurutnya, siasatan berkaitan isu agama, raja dan kaum (3R) berada di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM), mengikut peruntukan undang-undang seperti Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta 588.

Pendakwaan pula akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.

Berita berkaitan
Ibu bapa benteng utama keselamatan digital anak: Fahmi
September 12, 2026· Isu semasa
MCMC nafi terlibat isu dalam laporan Anthropic
September 11, 2026· Isu semasa
Fahmi : Penjual dadah guna istilah pelik, kelirukan pengguna dalam talian
September 10, 2026· Isu semasa
Fahmi: Ekonomi digital ASEAN sasar AS$2 trilion menjelang 2030
September 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
September 14, 2026 · Isu semasa
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
1 jam lalu · Isu semasa
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
1 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
4 jam lalu · Isu semasa
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok