Media diminta jaga sensitiviti hubungan Malaysia-Indonesia, gesa ISWAMI

December 21, 2025 · Isu semasa

Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia Malaysia (ISWAMI) menggesa media massa supaya lebih bertanggungjawab dalam pelaporan dengan menjaga sensitiviti hubungan dua hala Malaysia-Indonesia serta menghormati dasar kepimpinan kedua-dua negara.

Presiden ISWAMI Malaysia, Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata, laporan media seharusnya menjurus kepada usaha memperkukuh hubungan serantau, selain mengambil kira kepentingan bersama yang dikongsi kedua-dua negara serumpun itu.

“Malaysia dan Indonesia ialah negara serumpun. Apabila salah satu negara ditimpa musibah, kedua-duanya sentiasa bersama untuk membantu, sama ada di peringkat kepimpinan mahupun rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, media memainkan peranan penting untuk menyokong segala usaha kerajaan dalam menangani isu bersama, termasuk ketika berdepan bencana alam dan cabaran kemanusiaan.

Mengulas kejadian bencana alam yang melanda Pulau Sumatera baru-baru ini serta pendirian Indonesia yang tidak menerima bantuan luar negara, Ahmad Zaini menegaskan media di kedua-dua negara perlu berhati-hati dalam membentuk naratif pelaporan.

“Pelaporan yang tepat bukan sahaja memastikan masyarakat mendapat maklumat sebenar, malah penting untuk mengekalkan hubungan baik serta persefahaman antara dua negara jiran yang berkongsi sejarah, budaya dan kepentingan strategik,” katanya.

Beliau turut menegaskan ISWAMI Malaysia sentiasa menghormati semua dasar kerajaan Indonesia dan berharap media tempatan mengamalkan etika kewartawanan yang tinggi ketika membuat liputan bencana.

“Media Malaysia yang melaporkan kejadian di Aceh atau beberapa wilayah di Sumatera Utara perlu beretika dan prihatin terhadap musibah yang berlaku.

“Laporan harus bersifat positif ke arah usaha bersama menangani bencana, tanpa membina naratif negatif yang boleh menjejaskan keharmonian hubungan dua negara,” katanya.

ISWAMI Malaysia yakin semangat ASEAN serta hubungan akrab antara Malaysia dan Indonesia di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim dan Prabowo Subianto akan terus mengeratkan hubungan dua negara serumpun itu, selain memperkukuh kerjasama dan saling membantu pada masa hadapan.

Berita berkaitan
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
20 jam lalu· Isu semasa
Malaysia-Bangladesh sepakat luas kerjasama pertahanan, pendidikan
June 22, 2026· Isu semasa
TM salur RM500,000 bantu kebajikan pengamal media: Fahmi
June 20, 2026· Isu semasa
Kerajaan cari jalan bantu syarikat media hadapi cabaran ekonomi: Fahmi
June 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan ditolak, perbicaraan kes rasuah Guan Eng diteruskan
June 24, 2026 · Isu semasa
Pengesahan umur bertujuan lindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian: Fahmi
June 24, 2026 · Isu semasa
Pelajar IPTS warga asing ditemui maut di kondo, rakan senegara ditahan
3 jam lalu · Isu semasa
Pemandu mabuk: Kerajaan teliti pampasan khas untuk mangsa kemalangan jalan raya
3 jam lalu · Isu semasa
MyKad baharu libatkan kos RM120 juta setahun
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok