Zaharudin Muhammad.
Zaharudin Muhammad yang juga menantu kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, ditahan oleh pihak polis pada jam 1.30 pagi malam tadi di rumahnya.
Penahanan Ketua PAS Sungai Buloh itu didakwa mempunyai kaitan dengan pendiriannya melibatkan isu penduduk Kampung Sungai Baru yang membantah pengusiran mereka dari kawasan tersebut.
Ketua Pemuda PAS Selangor, Sukri Omar, menggesa supaya Zaharudin dibebaskan serta-merta dengan menyifatkan penahanan itu sebagai bermotifkan politik, kejam dan langsung tidak berperikemanusiaan.
“Menangkap seorang pendakwah pada tengah malam kerana membela rakyat adalah satu bentuk intimidasi yang tidak boleh diterima,” tegas Sukri dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa sebab sebenar penahanan masih belum dijelaskan oleh pihak berkuasa.
Zaharudin sebelum ini merupakan antara suara yang lantang mengkritik pengusiran 15 buah isi rumah di Kampung Sungai Baru untuk memberi laluan kepada sebuah projek pembangunan semula. P
ada Khamis lalu, beliau telah menyiarkan sebuah video yang menyamakan situasi pengambilan tanah di kampung itu dengan apa yang berlaku di Gaza.
Proses rundingan pampasan antara pemaju dan penduduk telah bermula sejak 2016.
Pengambilalihan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah pula telah diwartakan pada Jun 2021 ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri