Menara terbakar, liputan telekomunikasi di Kuala Kangsar terganggu

December 28, 2025 · Isu semasa

Perkhidmatan telekomunikasi di beberapa kawasan sekitar Kuala Kangsar terganggu susulan kebakaran sebuah menara komunikasi di Kampung Kelebor, petang semalam.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan kejadian itu berlaku pada 27 Disember kira-kira jam 6.50 petang, membabitkan menara milik Maxis yang menempatkan peralatan pemancar CelcomDigi dan Maxis.

Insiden berkenaan menjejaskan liputan khususnya kepada pengguna CelcomDigi, Maxis dan U Mobile di beberapa kampung sekitar termasuk Kampung Kelebor, Kampung Langkap Ketior, Kampung Rambai 7, Kampung Menora, Kampung Senggang, Kampung Ulu Kenas dan Kampung Lempor.

Gangguan turut dirasai di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak di Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) yang terletak berhampiran lokasi kejadian, sekali gus memberi kesan kepada pengguna lebuh raya.

Menurut MCMC, punca kebakaran masih dalam siasatan dan kawasan menara telah ditutup sementara oleh pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Akses ke lokasi ditutup bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan dengan selamat dan teratur,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, MCMC telah mengarahkan semua penyedia perkhidmatan terlibat untuk melaksanakan tindakan pembetulan segera termasuk menyediakan pelan pemulihan menyeluruh bagi memulihkan liputan rangkaian.

Sebagai langkah kecemasan, kemudahan WiFi satelit Starlink telah diaktifkan di R&R Sungai Perak arah utara bagi memastikan pengguna lebuh raya masih mempunyai akses komunikasi.

MCMC turut menegaskan keperluan memperketatkan aspek penyelenggaraan dan pemantauan teknikal di semua menara telekomunikasi.

“Pemilik menara dan penyedia perkhidmatan perlu memastikan tahap kebolehpercayaan rangkaian serta keselamatan pengguna sentiasa berada pada tahap tertinggi,” menurut kenyataan itu.

Usaha pemulihan sedang giat dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Berita berkaitan
ONSA beri tumpuan kepada pencegahan buli siber dan penipuan dalam talian
November 26, 2026· Rencana
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
19 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
19 jam lalu· Isu semasa
MCMC perkukuh pertahanan siber, jalin kerjasama dengan NACSA
21 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
November 26, 2026 · Isu semasa
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
November 26, 2026 · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
November 26, 2026 · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok