Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengulas su kematian pelajar SMKA Tun Datu Mustapha Papar, Zara Qairina Mahathir.
Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menyeru Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, agar tidak bersikap defensif dalam menangani isu kematian pelajar SMKA Tun Datu Mustapha Papar, Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, yang didakwa menjadi mangsa buli.
Bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu menggesa kerajaan supaya lebih proaktif dalam memastikan keselamatan pelajar di sekolah ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini.
Nik Nazmi menegaskan bahawa isu ini bukan sekadar spekulasi, tetapi melibatkan nyawa seorang pelajar yang menjadi korban.
“Perdana Menteri telah berjanji untuk siasatan adil dan telus. Menteri Pendidikan tidak perlu defensif. Ini soal asas keselamatan anak-anak di sekolah. Kita tidak boleh menyalahkan ibu bapa yang bimbang, sebaliknya tunjukkan komitmen kerajaan untuk bertindak tegas,” katanya.
Nik Nazmi juga mencadangkan beberapa tindakan segera bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin di sekolah.
“Jika sistem pendidikan kita perlu diubah suai untuk jamin keselamatan pelajar, maka kita wajib lakukan. Pencapaian akademik tidak bermakna jika nyawa anak-anak terancam,” tegasnya.
Terdahulu, peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri, mengesahkan terdapat kecederaan pada tubuh mangsa berdasarkan pemerhatiannya selama lapan jam semasa bedah siasat di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Zara Qairina dilaporkan meninggal dunia pada 5 Ogos 2025 di asrama sekolah. Keluarganya mendakwa dia menjadi mangsa buli rakan sekelas sejak beberapa bulan sebelum kematiannya.
Isu ini menjadi tular di media sosial setelah gambar-gambar yang didakwa menunjukkan kesan lebam pada tubuh Zara disebarkan.
Kementerian Pendidikan sebelum ini menyatakan akan menyiasat tetapi menegaskan agar orang ramai tidak membuat spekulasi.
Kes ini dijangka mencetuskan perbincangan serius mengenai dasar anti-buli dan pengurusan keselamatan di sekolah-sekolah Malaysia, terutamanya di institusi berasrama.
Guru rugi RM325,000 diperdaya sindiket menyamar pegawai AMLA
Guan Eng desak Sosma dimansuh susulan penahanan remaja 16 tahun
Agong berangkat ke Russia untuk lawatan khas: Laporan
SPRM sita aset RM9.7 juta dalam siasatan pelaburan RM300 juta
Sultan Pahang tegur salah guna kuasa di sebalik baju seragam dan institusi
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong