Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Buat masa sekarang tiada sebarang perubahan dalam barisan kabinet, kata Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri semasa ditanya wartawan berhubung peletakan jawatan dua menterinya, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tidak boleh ganti (rombakan kabinet) ketika seseorang itu sedang bercuti.
“Belum lagi, belum lagi… Mereka masih dalam cuti.
“Kita tak boleh gantikan mereka ketika mereka sedang bercuti,” katanya yang dipetik laporan semasa perhimpunan bulanan warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini.
Rafizi yang juga menteri ekonomi mengemukakan surat peletakan jawatannya semalam dan sedang bercuti sehingga 16 Jun ini.
Peletakan jawatan Ahli Parlimen Pandan itu sepatutnya berkuat kuasa 17 Jun.
Nik Nazmi pula menngumumkan dia menyerahkan surat peletakan jawatan sejurus selepas Rafizi. Dia bercuti sehingga 3 Julai dan tarikh akhir dia menjadi menteri sepatutnya ialah 4 Julai.
Rafizi dan Nik Nazmi mengemukakan surat peletakan jawatan ekoran penolakan perwakilan PKR dalam pemilihan parti itu minggu lalu.
Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai timbalan presiden, manakala Nik Nazmi kalah sebagai naib presiden.
Posisi nombor dua dalam PKR kini diisi Nurul Izzah Anwar, manakala muka baru tunggal dalam barisan jawatan naib presiden parti itu ialah R Ramandan (MP Sungai Buloh).
Amirudin Shari, Aminuddin Harun dan Chang Lih Kang pula mempertahankan kedudukan masing-masing.
Menurut Rafizi dia mahu berundur daripada jawatan dalam kerajaan atas dasar prinsip.
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
AMK Selangor gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN
Aziz Bari: Siapa halang KJ masuk bertanding PRN Negeri Sembilan?
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang