RCI Tabung Haji: PAS panik selepas PMX umum akan dedah kepada umum?

July 24, 2026 · Politik

PAS mempersoalkan masa pengumuman kerajaan untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH), walaupun menyambut baik langkah itu atas dasar ketelusan dan kepentingan awam.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata laporan yang disiapkan sejak RCI ditubuhkan pada 2022 sepatutnya didedahkan lebih awal demi memastikan rakyat, khususnya umat Islam, memperoleh gambaran sebenar mengenai isu yang melibatkan institusi berkenaan.

“Keadaan ini boleh menimbulkan persepsi isu RCI Tabung Haji digunakan sebagai helah politik untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu lain yang sedang membelenggu kerajaan.

“PAS sejak awal lagi berulang kali mendesak hasil dapatan RCI dibentangkan kepada umum dengan segera. Pendirian kami kekal, sebarang salah laku yang bercanggah dengan nilai Islam dan undang-undang negara mesti disiasat serta diambil tindakan tanpa mengira siapa yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan bersedia mendedahkan laporan akhir RCI Tabung Haji supaya rakyat dapat meneliti dakwaan berkaitan penjualan aset strategik milik institusi itu pada masa lalu.

Anwar berkata, beliau sedang meneliti prosedur penerbitan laporan berkenaan bersama Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar.

“Jika tidak memerlukan kelulusan Kabinet, saya akan terbitkannya hari ini. Jika perlu, saya tunggu mesyuarat Kabinet minggu depan kerana rakyat berhak mengetahui kandungan laporan itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata kerajaan perlu menjelaskan mengapa laporan tersebut hanya diumumkan untuk didedahkan ketika landskap politik Negeri Sembilan sedang berubah, termasuk perkembangan hubungan antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Beliau turut mengingatkan supaya laporan RCI Tabung Haji tidak menerima nasib seperti laporan RCI berkaitan Batu Puteh yang sebelum ini mencetuskan polemik berhubung pembentangannya di Parlimen.

“Laporan yang melibatkan kepentingan awam tidak seharusnya dikendalikan berdasarkan percaturan politik atau kepentingan mana-mana pihak.

“Tabung Haji ialah institusi yang amat dekat dengan umat Islam. Ketelusan dalam mengurus dan menjelaskan segala isu berkaitan institusi ini penting bagi memastikan keyakinan pendeposit terus terpelihara,” katanya.

Beliau turut menegaskan PAS tidak akan mempertahankan mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang.

“Jika terdapat salah laku, mereka yang bertanggungjawab mesti dihadapkan kepada proses undang-undang secara adil dan telus,” katanya.

Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Tabung Haji ditubuhkan kerajaan pada 2022 bagi menyiasat pelbagai dakwaan berkaitan pengurusan dan urus niaga institusi kewangan Islam itu, termasuk isu penjualan aset strategik yang menjadi perdebatan politik sejak beberapa tahun lalu.

Pendedahan laporan berkenaan dijangka menjadi antara tumpuan utama menjelang PRN Negeri Sembilan.

Berita berkaitan
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
6 jam lalu· Politik
BN-PN tak tergesa-gesa bentuk gabungan, UMNO berhati-hati dengan PAS
6 jam lalu· Politik
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
14 jam lalu· Isu semasa
Selepas Zahid minta jangan datang NS, Sanusi sedia saman pihak manipulasi kenyataan
14 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri
6 jam lalu · Politik
Aminuddin dakwa manifesto BN tiru tawaran PH, salin dan tukar sahaja
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin jangka kerjasama BN-PN sukar bertahan
8 jam lalu · Politik
PH yakin kekal kuasai DUN Pilah, namun enggan alpa
8 jam lalu · Politik
Pemuda Amanah lapor polis kenyataan Sanusi, dakwa boleh cetus ketegangan kaum
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
11 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok