Pendedahan RCI Tabung Haji mampu tamatkan fitnah: Mujahid

19 jam lalu · Politik

Timbalan Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa menggesa kerajaan mendedahkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji bagi membolehkan rakyat mengetahui fakta sebenar di sebalik kemelut yang pernah melanda institusi itu.

Beliau berkata, pendirian tersebut bukan perkara baharu kerana sejak 2023 lagi beliau telah beberapa kali membangkitkan perkara itu di Dewan Negara, namun ketika itu dimaklumkan laporan berkenaan masih tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Menurutnya, laporan tersebut wajar didedahkan supaya isu berkaitan proses pemulihan Tabung Haji tidak terus dimanipulasi sebagai modal politik.

“Laporan RCI ini perlu didedahkan agar rakyat mengetahui fakta sebenar dan isu Tabung Haji tidak terus dimanipulasi, khususnya berkaitan proses pemulihan Tabung Haji yang dilaksanakan antara tahun 2018 hingga 2020,” katanya pada sidang media Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan di Bilik Gerakan Utama PH Negeri Sembilan, hari ini.

Mujahid berkata, ketika memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), beliau bertanggungjawab memulakan proses penstrukturan semula Tabung Haji selepas institusi itu berdepan defisit hampir RM10 bilion antara aset dan liabilitinya.

Katanya, langkah itu diambil bagi menyelamatkan Tabung Haji serta melindungi kepentingan para pendeposit, namun sepanjang tempoh tersebut beliau dan kerajaan ketika itu berdepan pelbagai tuduhan termasuk dakwaan aset Tabung Haji dijual kepada pihak bukan Islam.

Beliau berkata, segala tuduhan itu telah dijawab menerusi pelbagai saluran termasuk debat terbuka, tindakan undang-undang dan keterangan kepada panel RCI.

Menurutnya, beberapa kes mahkamah turut memihak kepadanya termasuk permohonan maaf terbuka daripada pihak yang memfitnah serta keputusan mahkamah yang menolak dakwaan terhadapnya.

Mengulas perkembangan terkini, Mujahid menyambut baik kenyataan kerajaan yang sedang mempertimbangkan pendedahan laporan RCI Tabung Haji dan berharap Jemaah Menteri membuat keputusan untuk menyiarkan laporan tersebut kepada umum.

“Biarlah rakyat mengetahui sendiri apa sebenarnya yang berlaku kepada Tabung Haji dalam tempoh berkenaan, siapa yang bertanggungjawab terhadap kemelut itu dan siapa yang telah berusaha memulihkan institusi ini.

“Ini bukan lagi soal politik atau mempertahankan individu. Ini soal menegakkan kebenaran, memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi Tabung Haji dan memastikan fakta mengatasi fitnah. Saya yakin rakyat berhak mengetahui kebenaran,” katanya.

Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Tabung Haji ditubuhkan bagi meneliti isu pengurusan dan urus tadbir institusi berkenaan, termasuk langkah penstrukturan semula yang dilaksanakan selepas perubahan kerajaan pada 2018.

Isu tersebut terus menjadi pertikaian politik sejak beberapa tahun lalu, dengan pelbagai dakwaan dan penjelasan dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Berita berkaitan
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
5 jam lalu· Politik
Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri
6 jam lalu· Politik
Aminuddin dakwa manifesto BN tiru tawaran PH, salin dan tukar sahaja
6 jam lalu· Politik
BN-PN tak tergesa-gesa bentuk gabungan, UMNO berhati-hati dengan PAS
6 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Muhyiddin jangka kerjasama BN-PN sukar bertahan
7 jam lalu · Politik
PH yakin kekal kuasai DUN Pilah, namun enggan alpa
8 jam lalu · Politik
Pemuda Amanah lapor polis kenyataan Sanusi, dakwa boleh cetus ketegangan kaum
10 jam lalu · Politik
Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
11 jam lalu · Politik
PRN: Manifesto Bersatu untuk Negeri Sembilan, pertaruh 76 tawaran
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
11 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok