MIC akan putuskan sama ada sertai PN November ini: Saravanan

September 19, 2025 · Politik

MIC akan membuat keputusan muktamad mengenai masa depannya dalam Barisan Nasional (BN) dan menjawab pelawaan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) pada Perhimpunan Agung parti itu yang dijadualkan pada November ini.

Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan mengesahkan parti itu sudah menerima tawaran rasmi daripada PAS dan Parti Bersatu, namun, beliau menegaskan kuasa untuk membuat keputusan besar itu terletak di tangan perwakilan dan ahli parti.

“Memang ada jemputan daripada PAS dan Bersatu, saya ucapkan terima kasih.

“Perkara ini akan diputuskan oleh perhimpunan agung, bukan saya ataupun presiden. Kami berdua tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan,” jelas Saravanan selepas menghadiri Program Ziarah Bulan Kemerdekaan ke-68/2025 di Kampung Orang Asli Batu 19 ½ Jalan Pahang pada Jumaat.

“Bulan November ini, perwakilan akan memberi pendapat. Walaupun kita setakat ini sudah dapat mandat daripada beberapa negeri, keseluruhan keputusan tetap kita serah kepada perhimpunan agung,” tambahnya lagi.

Mengenai jemputan tersebut, beliau memandangnya sebagai satu pengiktirafan.

Menurutnya, ia membuktikan PAS melihat MIC sebagai sebuah parti yang masih berpengaruh dalam kalangan masyarakat India dan menunjukkan sikap terbuka untuk bekerjasama.

Sementara itu, ditanya tentang hubungan MIC dengan BN, Saravanan menjelaskan bahawa hubungan antara kedua-duanya masih kekal baik walaupun MIC tidak begitu aktif dalam gabungan itu buat masa ini.

Berita berkaitan
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
April 30, 2026· Politik
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
April 29, 2026· Politik
Krisis Negeri Sembilan: Tony Pua dakwa UMNO main ‘tebuk atap’ dan tamak
April 29, 2026· Politik
Wanita PKR bidas tindakan 14 ADUN UMNO cetus krisis di Negeri Sembilan
April 29, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kenyataan tiga sayap hanya pandangan, pendirian parti kekal sokong kerajaan NS: Zahid
May 2, 2026 · Politik
UMNO berpendirian sebarang program hiburan perlu ada batas: Zahid
May 2, 2026 · Politik
Tiada perubahan kepimpinan Negeri Sembilan, Aminuddin kekal MB: PMX
20 jam lalu · Politik
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
20 jam lalu · Politik
Puad bidas DAP takut bubar DUN Negeri Sembilan
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok