Kemelut politik PKR.
Wanita PKR menyuarakan rasa kesal terhadap tindakan UMNO-Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan susulan keputusan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.
Dalam satu kenyataan, sayap wanita parti itu menyifatkan tindakan berkenaan sebagai pengkhianatan terhadap mandat rakyat yang mengharapkan kestabilan politik, khususnya ketika negara berdepan tekanan kos sara hidup.
“Ketika rakyat sedang bergelut dengan cabaran ekonomi, tindakan ini jelas mencerminkan keutamaan sempit pihak tertentu yang sanggup mengorbankan kestabilan demi percaturan kuasa,” menurut kenyataan itu.
Wanita PKR turut menegaskan langkah tersebut bukan sahaja menjejaskan Kerajaan Perpaduan, malah memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat dan menekankan komitmen untuk mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu sebagai tonggak kedaulatan Perlembagaan.
Kemelut politik ini tercetus apabila 14 ADUN BN dan UMNO sebulat suara mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Aminuddin Harun.
Bagaimanapun, Aminuddin memaklumkan telah diperkenankan oleh Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk terus menjalankan tugas mentadbir negeri.
Negeri Sembilan sebelum ini diperintah oleh gabungan Pakatan Harapan (PH) bersama BN di bawah konsep Kerajaan Perpaduan pasca Pilihan Raya Umum ke-15, yang bertujuan memastikan kestabilan politik negara.
Namun, perkembangan terbaru ini dilihat menggugat kerjasama tersebut.
Terdahulu, PH turut mengecam tindakan berkenaan dengan Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil, menyatakan langkah itu tidak selari dengan semangat Kerajaan Perpaduan.
“Tindakan ini tidak mencerminkan komitmen terhadap kestabilan yang dipersetujui bersama,” katanya.
PRN NS: Pengundi tentukan kemenangan, bukan ramalan atau nujum
Zahid ucap ‘selamat berjaya’ secara sinis kepada Hamzah selepas dicadang jadi PM
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
Isu Yang Dipertuan Besar jangan dipolitikkan, hormati proses berjalan: Khalid Samad
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS