MIC bincang sertai PN dalam mesyuarat tergempar: Vigneswaran

January 24, 2026 · Politik

MIC bakal mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan langkah rasmi menyertai Perikatan Nasional (PN), sekali gus menandakan perubahan besar landskap politik parti itu selepas sekian lama bersama Barisan Nasional (BN).

Presiden MIC, S A Vigneswaran, berkata walaupun PN telah memberi persetujuan awal terhadap penyertaan MIC, keputusan muktamad perlu dibuat melalui saluran parti.

Menurutnya, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat akan dipanggil dalam masa terdekat bagi memperincikan hala tuju kerjasama tersebut.

“Kita perlu ikut proses yang betul. Mesyuarat ini penting untuk memutuskan secara rasmi hubungan MIC dengan PN,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Ponggal di Shah Alam.

Perkembangan itu susulan pengesahan oleh Muhyiddin Yassin pada Khamis lalu mengatakan PN telah meluluskan permohonan MIC untuk menyertai gabungan tersebut.

Muhyiddin berkata keputusan menerima MIC telah dipersetujui seawal tahun lalu, namun menunggu langkah rasmi daripada kepimpinan parti berkenaan.

“PN sudah bersedia menerima MIC, kini terpulang kepada MIC untuk memuktamadkan penyertaan,” katanya.

Jika dimeterai, langkah ini akan menjadi sejarah baharu apabila MIC buat pertama kali meninggalkan BN untuk menyertai blok pembangkang sejak negara mencapai kemerdekaan.

MIC merupakan antara parti komponen terawal BN dan lama mewakili kepentingan masyarakat India dalam kerajaan.

Spekulasi mengenai kemungkinan MIC keluar daripada BN bukan perkara baharu dan semakin hangat sejak Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79 pada November lalu.

Ketika itu, perwakilan meluluskan resolusi memberi mandat kepada kepimpinan parti untuk menilai semula kedudukan MIC dalam BN, dengan alasan peranan parti yang didakwa semakin terpinggir.

Namun, Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir, sebelum ini menegaskan gabungan tersebut masih kekal utuh.

Berita berkaitan
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
11 jam lalu· Politik
Bersatu kecewa PAS tamatkan kerjasama, tetap kekal dalam PN: Muhyiddin
June 9, 2026· Politik
Samsuri gagal selaku Pengerusi PN sehingga bawa perpecahan: Tun Faisal
June 9, 2026· Politik
PAS didakwa tekan Bersatu terima parti Hamzah, siap hantar surat bersyarat ‘ugutan’
June 8, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
2 jam lalu · Politik
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
2 jam lalu · Politik
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
5 jam lalu · Politik
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
6 jam lalu · Politik
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok