Speaker sahkan terima makluman Hamzah sebagai Ketua Pembangkang, Samsuri diketepikan

June 20, 2026 · Politik

Dewan Rakyat secara rasmi menerima makluman mengenai kedudukan Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang menjelang pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 pada Isnin ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul mengesahkan telah menerima surat yang mengesahkan pelantikan Ahli Parlimen Larut itu sebagai Ketua Pembangkang, sekali gus mengenepikan Ahmad Samsuri Mokhtar yang sebelum ini dikatakan bakal mengisi jawatan tersebut.

“Saya sudah terima surat yang mengesahkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang dan beberapa pertukaran tempat duduk Ahli Parlimen…. itu sahaja,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila surat tersebut diterima, namun mengesahkan sesi persidangan kali ini turut melibatkan beberapa perubahan susunan tempat duduk Ahli Parlimen.

Antara perubahan yang mendapat perhatian ialah perpindahan tempat duduk Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, yang sebelum ini berada bersebelahan Hamzah.

Johari berkata perubahan itu dibuat atas permintaan Ahli Parlimen Pagoh berkenaan.

Semakan pada laman sesawang Parlimen menunjukkan Hamzah akan kembali menduduki kerusi Ketua Pembangkang di Blok G.

Beliau akan duduk bersebelahan Ahli Parlimen Kemaman, Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Muhyiddin pula dipindahkan ke Blok E dan akan duduk bersebelahan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Kedudukan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang sebelum ini menjadi perdebatan selepas beliau dipecat daripada Bersatu pada Februari lalu.

Susulan itu, PN menamakan Ahmad Samsuri sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan beliau.

Bagaimanapun, kedudukan tersebut berubah apabila majoriti Ahli Parlimen pembangkang menyatakan sokongan supaya Hamzah terus memegang jawatan berkenaan.

Berita berkaitan
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
8 jam lalu· Isu semasa
Tun Faisal dakwa Hamzah punca keretakan PN, PAS campur urusan dalaman Bersatu
13 jam lalu· Politik
Pelaburan palsu punca kerugian tertinggi penipuan dalam talian
13 jam lalu· Isu semasa
Pengesahan umur bertujuan lindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian: Fahmi
14 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Onn Hafiz tak perlu jadi ‘drama king’, Sheikh Umar cabar dedah pihak sekat masuk FELDA
6 jam lalu · Politik
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
6 jam lalu · Politik
Puad diminta bertenang, Mat Maslan minta fokus bantu hadapi PRN Johor
6 jam lalu · Politik
PRN Johor: Bekas ADUN Bersatu calon BN di Endau, Onn Hafiz kekal di Machap
7 jam lalu · Politik
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok