Kerajaan menanggung subsidi bahan api demi kepentingan rakyat.
Kementerian Kewangan (MOF) memberi jaminan had bulanan Program BUDI95 kekal sebanyak 200 liter sebulan selepas timbul kekeliruan mengenai paparan kuota 150 liter yang dilihat sebahagian pengguna ketika penyelenggaraan sistem malam tadi.
MOF dalam kenyataan hari ini memaklumkan paparan tersebut berpunca daripada ralat teknikal sistem semasa kerja penyelenggaraan dijalankan sekitar jam 11 malam.
Menurut kementerian itu, masalah berkenaan telah dikenal pasti dan tindakan pembetulan segera dilakukan bagi memastikan sistem kembali beroperasi seperti biasa.
“Kuota bulanan BUDI95 kekal sebanyak 200 liter sebulan bagi pengguna yang layak, termasuk untuk Jun 2026,” menurut kenyataan itu.
MOF turut menegaskan tiada sebarang perubahan dibuat terhadap had bulanan program subsidi petrol bersasar berkenaan.
Kementerian itu berkata, pihaknya komited memastikan pelaksanaan BUDI95 berjalan lancar, telus dan teratur demi melindungi kepentingan rakyat serta memastikan bantuan subsidi disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak.
“Segala kekeliruan berkenaan ralat ini amat dikesali,” katanya.
Terdahulu, pengguna media sosial mula mempersoalkan perubahan kuota BUDI95 selepas paparan dalam sistem menunjukkan had subsidi hanya 150 liter sebulan.
Perkara itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penerima bantuan yang bergantung kepada subsidi petrol berkenaan untuk urusan harian.
Program BUDI95 atau BUDI MADANI RON95 diperkenalkan kerajaan sebagai mekanisme subsidi bersasar bagi membolehkan rakyat yang layak menikmati petrol RON95 pada harga tetap RM1.99 seliter.
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum