MOF: Pengguna digesa buat aduan peniaga naikkan harga barang

September 8, 2025 · Isu semasa

Kementerian Kewangan (MoF) mengambil maklum mengenai laman media sosial yang melaporkan tindakan segelintir peniaga yang didakwa menaikkan harga barang sewaktu pelaksanaan inisiatif Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Menurut kementerian itu, sekiranya aduan tersebut berasas, siasatan dan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 akan dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terbela.

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, dalam satu kenyataan, menegaskan kerajaan akan menyiasat sebarang laporan yang mendakwa wujudnya kenaikan harga barang ekoran pelaksanaan program SARA.

“Kerajaan Madani akan menyiasat aduan bahawa terdapat kenaikan harga barang susulan pelaksanaan Penghargaan SARA. Dalam masa yang sama, kerajaan menghargai inisiatif pasar raya dan kedai runcit yang menawarkan harga istimewa kepada penerima manfaat,” katanya.

Beliau turut menekankan kerajaan, melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati menjejaskan manfaat yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat.

Orang ramai digalakkan untuk membuat aduan rasmi kepada KPDN bagi membolehkan siasatan segera dijalankan.

Beberapa saluran aduan yang disediakan termasuklah portal e-Aduan KPDN di https://eaduan.kpdn.gov.my/, talian WhatsApp di 019-848 8000, atau pusat talian terus di 1-800-886-800.

Sementara itu, pelaksanaan program SARA pada hari kelapan dilaporkan berjalan dengan lancar.

Menurut Kementerian Kewangan, jumlah jualan telah mencecah RM102.5 juta, melibatkan seramai 1.7 juta penerima manfaat setakat jam 9.30 malam.

Kadar transaksi yang berjaya juga kekal stabil pada 99.9% untuk dua hari berturut-turut.

“Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang tujuh hari lalu, telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai pada hari ini,” jelas kementerian itu.

Berita berkaitan
Bekalan minyak negara masih stabil: Amir Hamzah
June 6, 2026· Isu semasa
MOF jelaskan ralat paparan BUDI95, kuota kekal 200 liter
June 1, 2026· Isu semasa
Subsidi BUDI95: MoF beri amaran salah guna MyKad tanpa kebenaran
May 29, 2026· Isu semasa
Harga petrol, diesel turun mulai esok
May 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Seorang guru didakwa amang seksual dua murid, miliki bahan lucah
4 jam lalu · Isu semasa
Pembangunan AI perlu berteraskan nilai kemanusiaan: PMX
5 jam lalu · Isu semasa
Azam Baki fail saman fitnah terhadap Albert Tei
8 jam lalu · Isu semasa
MCMC arah tindakan segera baiki liputan telekomunikasi di Kampung Tinagat
June 8, 2026 · Isu semasa
PMX akan kongsi visi Malaysia hadapi ketidaktentuan global semasa Forum Nikkei di Tokyo
June 8, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok