Muhyiddin: Dasar Kemakmuran Bersama, pulih negara jadi agenda utama jika menang PRU-16

September 6, 2025 · Politik

Parti Bersatu berjanji akan melaksanakan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama sekiranya diberikan mandat untuk memerintah semula pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), bagi memulihkan negara dan memastikan kemakmuran dinikmati secara adil oleh semua rakyat.

Presidennya, Muhyiddin Yassin, berkata dasar baharu itu akan mengekalkan keutamaan agenda Bumiputera selain memastikan negara tidak dikuasai oleh kroni serta melindungi hak rakyat untuk memiliki harta.

“Kemenangan Bersatu dan Perikatan Nasional dalam PRU-16 bukan sekadar membentuk kerajaan, tetapi tuntutan patriotik untuk memulihkan negara, merancakkan ekonomi, menangani kos sara hidup rakyat, merapatkan jurang sosial dan kaum, serta mengekalkan kestabilan politik dan perpaduan nasional,” kata semasa Ucapan Dasar di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-8 2025.

Muhyiddin mengumumkan penubuhan Majlis Perundingan Ekonomi Nasional untuk menstruktur semula ekonomi negara.

“Majlis ini akan merancang langkah-langkah untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara dan menggalakkan pelaburan asing terutama dalam bidang teknologi tinggi. Kita mesti memastikan anak muda mempunyai prospek pekerjaan yang stabil,” katanya lagi.

Beliau turut menekankan keperluan menyemak semula dasar percukaian dan subsidi agar lebih adil.

Bagi menangani isu kos sara hidup, Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) akan dirombak sepenuhnya.

“Subsidi dan cukai harus dirancang dengan teliti agar rakyat tidak terus dibebani,” ujarnya.

Dalam sektor pertanian, Muhyiddin berkata negara tidak boleh lagi bergantung kepada import dan perlu merangka langkah strategik untuk menambah hasil makanan negara.

“Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada import; keselamatan makanan negara adalah perkara asas.

“Sebuah majlis khas akan dibentuk untuk menyediakan pelan strategik meningkatkan hasil makanan negara,” ujarnya lagi.

Dalam bidang pendidikan, Muhyiddin mengumumkan pelan pembangunan baharu, ‘National Education Blueprint’, untuk meningkatkan kualiti pengajaran.

“Isu budaya buli di sekolah dan institusi pendidikan lain juga akan diberi perhatian serius agar generasi muda kita bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga berbudi pekerti mulia,” jelasnya.

Bagi hubungan antarabangsa, Muhyiddin menegaskan Malaysia akan kekal dengan pendirian berkecuali.

“Keselamatan dan kedaulatan wilayah negara tetap menjadi keutamaan,” sambil menyatakan sokongan berterusan terhadap rakyat Palestin.

Muhyiddin turut bertekad untuk mereformasi institusi utama negara.

“Integriti Jabatan Peguam Negara, SPRM dan PDRM mesti dipulihkan sepenuhnya, dan kita tidak akan berkompromi dengan rasuah,” tegasnya lagi.

Berita berkaitan
PAS akan ambil jawatan Ketua Pembangkang, ganti Hamzah: Samsuri
March 14, 2026· Politik
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
March 10, 2026· Politik
Perbicaraan kes Muhyiddin bermula esok
March 8, 2026· Politik
Muhyiddin dedah pertemuan sulit Hamzah-Zahid antara punca pemecatan
March 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO akan teruskan usaha penyatuan Melayu, tak perlu layan kritikan: Johari
7 jam lalu · Politik
Kembalinya Hishammuddin, Khairy suntik keyakinan baharu kepada BN: Ka Siong
7 jam lalu · Politik
Hadi disaran muhasabah diri, bersihkan diri daripada bisikan syaitan: Razlan
March 14, 2026 · Politik
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
March 13, 2026 · Politik
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
March 13, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok