PN ambil tindakan terhadap Bersatu selepas PRN Melaka: Takiyuddin

November 9, 2026 · Politik

Perikatan Nasional (PN) tetap akan mengambil tindakan terhadap Bersatu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 susulan beberapa dakwaan pelanggaran disiplin, termasuk tindakan bertanding di kerusi yang sama dengan calon dipilih gabungan itu.

Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, berkata tindakan berkenaan turut berkait dengan aduan Bersatu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membawa kepada pembatalan pendaftaran gabungan itu sebelum dicabar di mahkamah.

Beliau menegaskan PN mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan berkenaan dan tidak terjejas dengan sebarang penafian daripada kepemimpinan Bersatu.

“Dia (Bersatu membuat aduan kepada ROS sehingga PN dibatalkan. Bukan sahaja digantung, tetapi dibatalkan pendaftaran,” katanya selepas menyampaikan ceramah Gelombang Biru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, Tangga Batu, hari ini.

Menurut Takiyuddin, keputusan ROS membatalkan pendaftaran PN kemudian dicabar di mahkamah kerana tindakan itu disifatkan tidak sepadan dengan perkara yang diadukan.

“Tapi apabila kami bawa perkara ini ke tengah (mahkamah), mahkamah pun tidak boleh menerima tindakan pembatalan itu sebagai tindakan yang sesuai.

“Jadi jelaslah ini adalah suatu tindakan yang di luar daripada norma-norma organisasi, termasuk organisasi politik,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar, dilaporkan berkata sebarang prosiding dan tindakan tatatertib terhadap Bersatu hanya akan diputuskan selepas PRN Melaka selesai pada 14 November ini.

Beliau memaklumkan PN menerima beberapa aduan daripada parti komponen berhubung dakwaan salah laku dan pelanggaran disiplin yang perlu diteliti mengikut peruntukan Perlembagaan gabungan itu.

Berita berkaitan
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
November 21, 2026· Politik
Kemelut politik N9: 24 ADUN BN-PN mesyuarat tanpa kehadiran MB, bakal dipecat?
November 20, 2026· Politik
Tular berita DUN Perak bubar, Pejabat MB tampil nafi
November 18, 2026· Politik
Ismail Lasim pilih untuk berdiam diri selepas letak jawatan MB: Laporan
November 17, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
8 jam lalu · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
8 jam lalu · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
8 jam lalu · Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
8 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok