Muhyiddin dijemput hadir ke mesyuarat khas PN: Tuan Ibrahim

February 5, 2026 · Politik

Perikatan Nasional (PN) dijangka menjemput Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, untuk menghadiri mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi gabungan itu dalam masa terdekat, susulan isu teknikal berkaitan keahliannya sebelum ini.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ketiadaan jemputan kepada Muhyiddin semasa mesyuarat pada 29 Januari lalu bukan berpunca daripada konflik dalaman, sebaliknya kerana peruntukan perlembagaan gabungan yang tidak meletakkan presiden parti komponen sebagai ahli Majlis Tertinggi secara automatik.

“Tidak ada perbalahan pun, cuma isu teknikal kerana perlembagaan PN sendiri yang menyatakan perkara ini,” katanya dipetik laporan media.

Beliau turut memaklumkan cadangan supaya Muhyiddin tetap dijemput menghadiri mesyuarat khas itu dipersetujui pimpinan gabungan bagi memastikan proses perbincangan berjalan lancar.

Menurutnya, suasana hubungan antara pimpinan parti masih baik dan profesional.

“Saya baru berjumpa beliau dan kami juga biasa bertemu di Parlimen,” katanya lagi.

Isu ini timbul selepas Muhyiddin sebelum ini menyatakan hasrat melepaskan jawatan pengerusi PN, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai struktur kepimpinan gabungan tersebut.

Laporan sebelum ini mendedahkan keputusan berkaitan jawatan pengerusi dan penstrukturan semula kepimpinan PN masih dalam perbincangan dan memerlukan persetujuan semua parti komponen.

Tuan Ibrahim yakin kemelut berhubung jawatan itu dapat diselesaikan dalam tempoh satu hingga dua minggu kerana semua pihak mahu penyelesaian dicapai secara harmoni selepas isu berlarutan lebih sebulan.

Berita berkaitan
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
10 jam lalu· Politik
Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS
10 jam lalu· Politik
Zaid dahulu pernah cabar hukum hudud, Amanah persoal pendirian selepas masuk PAS
June 15, 2026· Politik
PAS didakwa menipu, Rosli bukan bekas pengerusi Amanah NS: Hasbie
June 14, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 16, 2026 · Politik
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
1 jam lalu · Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
1 jam lalu · Politik
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
8 jam lalu · Politik
PRN Johor: Anwar gesa pengundi pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok