Muhyiddin gesa SPRM siasat Shamsul Iskandar tanpa gentar

November 27, 2025 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin, menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertindak tegas dan tidak memilih bulu dalam menyiasat kes rasuah yang membabitkan Shamsul Iskandar Md Akin.

Muhyiddin berkata pihak berkuasa tidak wajar gentar untuk menjalankan tugas mereka dengan telus mengikut lunas undang-undang, tanpa mengambil kira kedudukan atau latar belakang individu yang terlibat.

“Hari ini dan semalam saya ada dengar cerita ada kes Supol PM (setiausaha politik kanan perdana menteri) meletakkan jawatan, ada kaitan dengan soal rasuah.

“Hal demikian, saya menuntut pihak bertanggungjawab di SPRM perlu bertindak tegas tanpa memilih bulu… tanpa memilih siapa orangnya mahupun dari mana datangnya,” kata Muhyiddin dalam Ceramah Mega Kasi Bagus Sabah malam tadi.

Presiden Bersatu itu turut mengaitkan skandal tersebut dengan isu rasuah yang pernah melanda Sabah.

“Dalam beberapa peristiwa lalu iaitu isu rasuah yang dikatakan dikaitkan dengan beberapa orang yang agak penting yang ada di Sabah, termasuk juga membabitkan dengan Ketua Menteri Sabah ini. Itu cerita yang saya baca,” ujarnya.

Muhyiddin juga turut pengundi Sabah agar menggunakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebagai petanda awal untuk menolak kerajaan pusat.

“Sebab itu walaupun ini pilihan raya di Sabah, tapi ia adalah satu cerminan tentang situasi politik di peringkat negara.

“Bila mana kita berhadapan PRU16 (Pilihan Raya Umum) tak lama lagi… untuk itu saya rayu berikan isyarat awal kepada Kerajaan di Putrajaya yang telah pun buat banyak perkara musibah tak baik kepada negara,” katanya.

Muhyiddin turut membangkitkan isu Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

“Datuk Seri Anwar gadai negara kepada AS, sehinggakan nak buat apa-apa kena minta kebenaran AS walaupun kita sudah merdeka,” ujarnya.

Berita berkaitan
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
2 jam lalu· Politik
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
22 jam lalu· Isu semasa
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
23 jam lalu· Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
24 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
2 jam lalu · Politik
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
2 jam lalu · Politik
Kemelut takhta: Majlis menghadap Tunku Nadzaruddin batal, Balai Undang dikawal polis
2 jam lalu · Politik
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
16 jam lalu · Politik
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok