Muhyiddin: Jika saya PM, saya sudah pecat pemimpin BN

November 7, 2026 · Politik

Presiden Parti Bersatu, Muhyiddin Yassin menyifatkan pertelingkahan terbuka antara pemimpin Kerajaan Perpaduan sebagai petanda hubungan dalam kerajaan semakin rapuh sehingga berisiko menjejaskan kestabilan pentadbiran.

Beliau berkata, perselisihan antara parti yang membentuk kerajaan sepatutnya diselesaikan melalui rundingan dalaman, bukannya dengan melontarkan kritikan secara terbuka sehingga menimbulkan persepsi kerajaan sedang berpecah.

Menurutnya, pemimpin yang berada dalam kerajaan perlu menghormati prinsip kerjasama dan menggunakan saluran parti atau mesyuarat Kabinet untuk menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat.

“Biasanya prinsipnya kalau jadi anggota dalam sebuah kerajaan, jangan kecam kerajaan sendiri ataupun parti yang ada dalam kerajaan.

“Apa-apa, kalau ada pun, bawa berunding. Dalam peringkat parti boleh ataupun dalam Kabinet kalau ada isu tertentu yang tidak puas hati.

“Bukan diluahkan di luar yang menunjukkan bukan sahaja keretakan, malah macam sudah nak pecah Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program kempen di Bachang, di sini, hari ini.

Muhyiddin mengakui perkembangan itu memberikan kelebihan kepada pembangkang, namun menegaskan keadaan tersebut tetap membimbangkan kerana boleh menjejaskan pelaksanaan dasar dan janji kerajaan kepada rakyat.

Katanya, jika hubungan antara parti dalam kerajaan terus dibelenggu pertelingkahan, usaha melaksanakan agenda pembangunan negara juga berdepan kesukaran.

“Saya di pihak pembangkang, saya sukalah. Tapi maksud saya, apa yang sedang berlaku ini satu perkara yang cukup membimbangkan.

“Dalam keadaan tidak ada perbalahan, perpecahan pun tidak dapat dilaksanakan. Janji banyak tinggal janji. Apatah lagi apabila sudah ada isu seperti ini dan berlaku perbalahan,” katanya.

Mengulas kedudukan pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan, Muhyiddin berpandangan mereka yang tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan Perdana Menteri wajar meninggalkan pentadbiran.

Beliau turut menyatakan sekiranya berada di tempat Perdana Menteri, tindakan tegas termasuk merombak Kabinet akan diambil terhadap menteri yang tidak lagi mempunyai keserasian dalam pentadbiran.

“Jadi kalau saya pun biasa berfikir, kalau begitu elok mereka keluar.

“Kalau saya jadi Perdana Menteri, saya dah buanglah. Saya rombak Kabinet dan tentukan supaya mereka yang tidak sehaluan dengan saya ini tidak boleh duduk di situ, malah tidak boleh bersama dalam kerajaan pun,” katanya.

Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022 menghimpunkan beberapa gabungan politik termasuk Pakatan Harapan (PH), BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Kerjasama pelbagai parti itu menyaksikan kestabilan politik dan kesepakatan antara pemimpin kerajaan menjadi antara cabaran utama dalam memastikan pentadbiran berjalan lancar.

Berita berkaitan
Saarani: Belum ada keperluan bubar DUN Perak
1 jam lalu· Politik
Johari tegur menteri gagal jawab soalan Ahli Parlimen
6 jam lalu· Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
23 jam lalu· Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
23 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
1 jam lalu · Politik
Pembubaran DUN bukan jaminan krisis Negeri Sembilan selesai: Laporan
5 jam lalu · Politik
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
22 jam lalu · Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
23 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
November 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok